Eksport SG diunjur merosot pada separuh kedua 2025
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: para penganalisis berkata eksport utama Singapura mungkin mengalami kemerosotan dalam separuh kedua tahun ini.
Ini selepas kegiatan eksport yang dipercepatkan berkurangan dan tarif Amerika Syarikat mula berkuatkuasa walaupun eksport domestik bukan minyak (NODX) mencatat pertumbuhan 7.1 peratus dalam suku kedua, iaitu lebih baik daripada jangkaan.
Eksport bagi produk bukan elektronik tumbuh 6 peratus, dirangsang oleh eksport emas bukan kewangan, jentera khusus, serta struktur kapal dan bot.
Eksport bagi produk elektronik terus meningkat buat lima suku berturut-turut.
Namun, Enterprise Singapore mengekalkan ramalan bagi eksport utama untuk seluruh tahun kepada antara 1 hingga 3 peratus.
Ini akibat permintaan berkurangan daripada rakan-rakan dagangan utama.
Ketua pakar ekonomi serta ketua penyelidikan dan strategi pasaran global OCBC Selena Ling berkata: "Masih tidak jelas buat masa ini apakah sebenarnya garis masa bagi cukai terhadap eksport semikonduktor atau farmaseutikal.
"Tetapi dari segi produk elektronik, kami sudah melihat bahawa sesetengah syarikat semikonduktor dikecualikan, jika mereka komited untuk memindahkan sebahagian penghasilannya ke Amerika Syarikat.
"Jadi ia kelihatan seperti ada beberapa pengecualian yang mungkin dibenarkan.

Sumber : CNA/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.