Eksport S’pura jatuh 2.6% pada November; penguncupan pertama sejak Mac
Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura merosot buat julung-julung kalinya sejak Mac, disebabkan oleh kemerosotan pada penghantaran bukan elektronik.
SINGAPURA: Eksport domestik bukan minyak (NODX) Singapura merosot buat julung-julung kalinya sejak Mac, disebabkan oleh kemerosotan pada penghantaran bukan elektronik.
Eksport merosot sebanyak 2.6 peratus berbanding tahun sebelumnya, menyusuli peningkatan 8.2 peratus pada Oktober, menurut data daripada agensi perdagangan Enterprise Singapore pada Isnin (17 Dis).
Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, eksport negara merosot 4.2 peratus pada November, jatuh selepas mencatat pertumbuhan sebanyak 4.2 peratus pada bulan sebelumnya.

Penghantaran bagi produk-produk bukan elektronik merosot 5.2 peratus berbanding setahun lalu, dengan penyumbang terbesar kepada kemerosotan itu adalah emas bukan wang (-77.9 peratus), mesin khas (-12.8 peratus) dan petrokimia (-7.8 peratus).
Eksport elektronik naik 4.5 peratus pada November setelah merosot 3.6 peratus pada bulan sebelumnya.
Litar Bersepadu (IC), peralatan elektronik dan alat telekomunikasi masing-masing berkembang sebanyak 27.9 peratus, 11.5 peratus dan 3.4 peratus.
Penghantaran kepada 10 pasaran utama merosot pada November, kecuali Amerika Syarikat, Thailand, Jepun dan Taiwan.

Penyumbang terbesar kepada kemerosotan NODX adalah China (-16 peratus), Korea Selatan (-25.7 perataus) dan Indonesia (-20.3 peratus).
Jumlah perdagangan secara keseluruhannya naik 7.7 peratus pada November selepas meraih pertumbuhan 20.1 peratus pada bulan sebelumnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.