Skip to main content

Singapura

Eksport bukan minyak SG tumbuh 2.7% pada Sep

NODX bulan Sep itu satu kemerosotan ketara daripada pertumbuhan 10.7 peratus pada Ogos.
 

Anggaran Waktu Membaca:
Eksport bukan minyak SG tumbuh 2.7% pada Sep
New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 17 Oct 2024 08:38PM
SINGAPURA: Eksport bukan minyak dalam negeri (NODX) Singapura pada bulan September tumbuh 2.7 peratus berbanding tahun lalu.

Angka tersebut meleset lebih rendah berbanding jangkaan penganalisis yang mengunjurkan pertumbuhan dua angka.

Ia juga satu kemerosotan ketara daripada pertumbuhan 10.7 peratus pada Ogos.

Menurut pakar, ini mungkin disebabkan penguncupan pada sektor pengeluaran utama di pasaran-pasaran maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah, selain permintaan domestik yang lemah di China.

Penganalisis berkata sesetengah sektor pengilangan di sini mula menyaksikan tanda-tanda pertumbuhan yang lembap.

Ini mungkin memberi isyarat bahawa terdapat kurangnya permintaan luar yang kukuh dari pada ekonomi seperti Amerika dan Eropah.

Pakar-pakar juga menarik perhatian kepada trend dalam sektor elektronik, yang berkembang 4 peratus sahaja pada September.

Sebelum ini sektor elektronik tumbuh 35 peratus pada Ogos.

Pertumbuhan itu dipacu oleh permintaan berterusan bagi produk media cakera, peralatan digital peribadi dan litar bersepadu.

Sementara itu, sektor bukan elektronik pula berkembang 2.3 peratus disebabkan permintaan tinggi bagi farmaseutikal, jentera khusus dan kimia khas lain.

Pada bulan sebelumnya, sektor itu tumbuh 3.6 peratus.

Para pengamat optimis tetapi berwaspada terhadap pertumbuhan yang berterusan.

Ia ekoran kelembapan yang dialami secara amnya oleh ekonomi-ekonomi utama seperti China.

Meskipun China sudah memperkenalkan langkah-langkah merangsang ekonominya, ia mungkin tidak mempunyai kesan ke atas Singapura.

Memandang ke hadapan, para pengamat pasaran percaya ketegangan geopolitik di Timur Tengah dan perubahan yang mungkin berlaku pada dasar-dasar perdagangan Amerika berisiko menjejas perangkaan eksport serta bekalan rantaian Singapura.
 
Sumber : CNA/FZ
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita