Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Eksport bukan minyak SG terus berkembang, naik 10.7% pada Ogos

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Eksport Domestik Bukan Minyak Singapura, NODX terus berkembang bulan lalu.

Dalam perbandingan tahun ke tahun, NODX naik 10.7 peratus selepas tumbuh 15.7 peratus pada bulan Julai.

Data agensi Enterprise Singapore yang dikeluarkan pagi tadi menunjukkan, kenaikan NODX itu meliputi kedua-dua, barangan elektronik dan bukan elektronik.

Eksport barangan elektronik naik 35 peratus dipacu oleh kiriman komputer peribadi dan produk cakera media.

Eksport barangan bukan elektronik pula meningkat 3.7 peratus.

Dalam penyesuaian bulan ke bulan pula, NODX bulan Ogos turun 4.7 peratus setelah berkembang 12.2 peratus pada bulan Julai.

Eksport barangan elektronik naik tetapi eksport barangan bukan elektronik, merosot.

Secara keseluruhannya, NODX ke pasaran-pasaran utama Singapura, naik pada bulan lalu.

Eksport ke Hong Kong, China dan Malaysia menjadi penyumbang utamanya.

Sebaliknya NODX ke Jepun dan Kesatuan Eropah, merosot.
Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan