Skip to main content

Singapura

Ekspedisi menawan Gunung Fuji terbantut dek hujan

Hajat sebuah kumpulan tempatan untuk menawan puncak Gunung Fuji di Jepun tidak kesampaian.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Aug 2019 09:20PM Dikemas Kini : 31 Aug 2019 10:46PM

SINGAPURA: Hajat sebuah kumpulan tempatan untuk menawan puncak Gunung Fuji di Jepun tidak kesampaian.

Kumpulan 24 anggota itu diketuai persatuan YMCA dan 10 daripada mereka adalah orang-orang berkeperluan khas.

Ekspedisi itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk memperkasakan individu-individu berkeperluan khas melalui kegiatan di luar rumah.

Kumpulan ini memulakan ekspedisi mereka yang dikenali sebagai YMCA Inclusive Climb 2019 pada Khamis lalu (29 Ogos).

Namun, disebabkan hujan, mereka terpaksa turun lebih awal daripada rancangannya melalui lereng Gunung Fuji yang berbatu.

Kumpulan itu tidak dapat melepasi kawasan tahap kelapan Gunung Fuji.

Ramai yang kecewa kerana gagal sampai ke puncak Fuji tetapi mereka berharap dapat mencubanya lagi pada tahun depan.

Semasa ekspedisi, kumpulan itu disertai seorang doktor dari Singapura dan tujuh pendaki gunung berpengalaman dari Jepun.

Bagi ekspedisi tahun ini, YMCA berharap dapat mengumpul derma $200,000 untuk membiayai perbelanjaan ekspedisi itu serta inisiatif-inisiatif lain bagi mengukuhkan golongan berkeperluan khas di Singapura.

Sumber : CNA/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita