'Ekosistem' Microsoft bakal wujudkan lebih 86,000 pekerjaan di SG jelang 2026
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Microsoft Singapore
SINGAPURA: Lebih 86,000 pekerjaan baru akan diwujudkan oleh Microsoft, ekosistem rakan kerjasamanya dan para pelanggan di Singapura menjelang 2026. Lebih 50,000 daripadanya merupakan pekerjaan dalam kemahiran IT.
Microsoft mengumumkan angka tersebut pada Khamis (17 Nov) sedang ia melancarkan dua kerjasama baru dengan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), yang masing-masing tertumpu kepada pembangunan kemahiran dan kemampanan.
Datacenter Academy, kerjasama Microsoft bersama ITE merupakan komitmen lima tahun bermula dari 2023 untuk melengkapkan sekitar 300 penuntut ITE dengan kemahiran pusat data. Ia merupakan salah satu daripada 12 Datacenter Academy di seluruh dunia.
Daripada Januari, kurikulum tersebut akan ditawarkan kepada semua penuntut di tiga kolej ITE dari program diploma belajar sambil bekerja dalam prasarana dan operasi pusat data, penyeliaan perkhidmatan mekanikal dan elektrik serta pengurusan logistik dan rantaian bekalan.
Kurikulum tersebut selaras dengan kecekapan teras yang diperlukan bagi peranan pusat data merentasi sektor teknologi yang tertumpu kepada pengurusan parasarana pusat data, sokongan IT, huraian masalah dan kemudahan mekanikal, menurut kenyataan bersama ITE dan Microsoft.
Ini juga termasuk latihan pengalaman dalam bidang-bidang termasuk Kecerdasan Buatan (AI), analisis data, automasi dan keselamatan siber.
Kerjasama awam-swasta antara Microsoft dan IMDA akan membolehkan mereka bekerjasama untuk menangani isu-isu berkaitan iklim dan meningkatkan hasil kemampanan bagi teknologi digital, menurut IMDA.
Ini akan melibatkan perkongsian pembelajaran, laluan pensijilan, amalan-amalan terbaik dan piawaian bagi pengukuran berkesan dan laporan pelepasan karbon yang timbul daripada aplikasi perisian.
IMDA dan Microsoft akan mewujudkan rangka kerja bersama yang menggariskan panduan untuk pembangunan perisian yang mampan. Rangka kerja itu akan digunakan melalui Cabaran GreenTech Singapura Microsoft bagi pembangun tempatan dan dikongsi kepada dunia apabila sudah sedia.
Perkongsian itu juga akan menggalak perusahaan kecil dan sederhana (SME) untuk mengguna pakai huraian teknologi yang mampan, membolehkan mereka mengukur, merekod dan melaporkan pelepasan karbon mereka dengan lebih mudah.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.