Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ekonomi S'pura tumbuh pada rentak lebih perlahan 4.4% pada suku ketiga 2022

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Ekonomi Singapura tumbuh pada rentak lebih perlahan, iaitu 4.4 peratus, namun melebihi jangkaan, pada suku ketiga 2022, menurut anggaran awal yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Jumaat (14 Okt). 

Ini berbanding 4.5 peratus pada suku sebelumnya. 

Pakar ekonomi yang ditemui Reuters menjangkakan pertumbuhan 3.4 peratus bagi tempoh antara Julai dengan September daripada setahun lalu. 

Berdasarkan penyesuaian musiman dari suku ke suku, Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) Singapura naik 1.5 peratus setelah menguncup 0.2 peratus pada suku kedua. 

Pihak berkuasa pada Ogos menurunkan ramalan pertumbuhan rasmi bagi 2022 daripada antara tiga hingga empat peratus, kepada tiga hingga lima peratus, disebabkan unjuran permintaan luar yang semakin lemah. 

Anggaran awal GDP bagi suku ketiga 2022 adalah hasil daripada data yang dikumpulkan pada Julai dan Ogos. Ia bertujuan sebagai tanda awal pertumbuhan GDP dalam suku ketiga dan tertakluk kepada semakan apabila data menyeluruh sudah sedia ada, menurut MTI. 

Anggaran awal GDP bagi suku ketiga 2022 akan dikeluarkan MTI pada November. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan