Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ekonomi S'pura tumbuh 7.6% tahun lalu; lebih baik dari unjuran awal

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Feb 2022 09:10PM Dikemas Kini : 17 Feb 2022 11:09PM

SINGAPURA: Ekonomi negara tumbuh 7.6% tahun lalu, lebih baik daripada jangkaan.

Ia dipacu sektor-sektor pengilangan, kewangan dan insurans serta perdagangan borong.

Dalam suku terakhir pula, ekonomi Singapura berkembang 6.1% berbanding setahun sebelumnya tetapi lebih rendah daripada kenaikan 7.5% pada tiga bulan sebelumnya.

Bagi tahun ini pula Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi antara 3% hingga 5%.

MTI menyatakan ekonomi dijangka berkembang tahun ini walaupun prestasi pelbagai sektor masih berbeza-beza.

Sektor seperti pengilangan, maklumat dan perhubungan serta kewangan dan insurans dijangka terus meningkat tahun ini.

Industri berkaitan penerbangan dan pelancongan pula dijangka mengalami rentak pemulihan yang perlahan kerana permintaan bagi perjalanan memerlukan lebih banyak masih untuk kembali rancak.

Sektor binaan, marin dan kejuruteraan lepas pantai dijangka terus pulih kerana sekatan sempadan terhadap pekerja hijrahan dilonggarkan.

Namun MTI menambah, isu kekurangan buruh besar kemungkinan berterusan dengan pengeluaran sektor binaan dijangka kekal rendah tahun ini berbanding tempoh sebelum pandemik COVID-19.

Tekanan dari luar juga tetap ada.

MTI menyatakan permintaan dari negara-negara lain sudah turun sedikit sejak November lalu.

Ia disebabkan negara-negara luar mengetatkan lagi sekatan COVID-19 berikutan penularan varian Omicron.

Di samping itu, gangguan bekalan global dijangka berterusan sehingga pertengahan tahun ini.

Tekanan inflasi sejagat juga diburukkan lagi oleh kenaikan harga minyak.
 

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan