Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ekonomi S'pura dijangka kukuh sedang sempadan dibuka semula

Singapura tetap menjangkakan pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada tahun ini sedang sempadan negara kembali dibuka dan kegiatan perniagaan disambung semula.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jun 2022 08:36PM Dikemas Kini : 21 Jun 2022 10:45PM
SINGAPURA: Singapura tetap menjangkakan pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada tahun ini sedang sempadan negara kembali dibuka dan kegiatan perniagaan disambung semula.

Namun, tanda-tanda berlakunya kemelesetan ekonomi di peringkat global mungkin menjejas keadaan ekonomi negara.

Sungguhpun demikian, DPM Wong dan pasukannya memberi jaminan bahawa rakyat Singapura akan menerima bantuan sekiranya perlu.

Semasa mengumumkan pakej bantuan bernilai $1.5 bilion yang disasarkan kepada golongan penduduk yang lebih berisiko, pelbagai pertanyaan diajukan kepada DPM Wong.

Antara isu-isu termasuk kos sara hidup yang lebih tinggi dan prospek berlakunya kemeseletan ekonomi sejagat.

DPM Wong berkata: "Kami harus meneliti apa yang berlaku kepada keadaan ekonomi sejagat pada tahun depan - sama ada akan berlakunya kemelesetan ekonomi dan betapa teruk kemelesetan itu dan bagaimana ia menjejas Singapura.

"Ini adalah sesuatu yang kami akan terus memantau dengan teliti seperti yang saya katakan tadi.

"Dan kami akan menyesuaikan program-program dan langkah-langkah kami, mengikut perkembangan terkini."

KENAIKAN GST TETAP DITERUSKAN

Satu perkara yang menjadi tumpuan para wartawan semasa sidang media hari ini adalah kenaikan GST yang akan dilaksanakan dalam tempoh kurang enam bulan akan datang.

DPM Wong berkata langkah menaikkan GST tidak akan ditangguhkan kerana pendapatan yang diraih ekoran kenaikan pada cukai-cukai lain
seperti cukai pendapatan peribadi, hartanah dan kereta mewah tidak mencukupi untuk membiayai perbelanjaan negara.

Menurut DPM Wong, ramai rakyat Singapura tidak akan merasakan kesan kenaikan GST itu buat tempoh sekurang-kurangnya lima tahun akan datang, dengan adanya pakej bantuan yang dipertingkat.

Beliau dan pasukannya bagaimanapun menekankan bahawa inflasi bukan satu-satunya cabaran yang perlu dihadapi Singapura pada masa depan.

Ancaman-ancaman lain yang turut dihadapi negara ini termasuk gangguan pada rantaian bekalan akibat pencerobohan Russia ke atas Ukraine serta kemungkinan kemunculan varian COVID-19 yang lebih mudah berjangkit menjelang musim sejuk.

"Kami perlu menangani cabaran-cabaran pada asasnyadalam sekitaran yang berbeza. Cabaran-cabaran berbeza, termasuk perubahan iklim, dunia luar yang lebih berpecah belah dan di Singapura, cabaran-cabaran domestik termasuk para penduduk yang semakin pantas menua.

"Dan bagi mempersiapkan Singapura untuk menghadapi cabaran-cabaran ini, kita perlu meneruskan dengan pembaharuan ekonomi, kita tidak mampu untuk melewatkan langkah-langkah dan ini termasuk memastikan bahawa kita mempunyai kedudukan fiskal yang kukuh dan mampan memandangkan ke hadapan," kata DPM Wong.
Sumber : CNA/AI/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan