Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ekonomi SG tumbuh 3.8% pada 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Jan 2023 08:32AM Dikemas Kini : 03 Jan 2023 08:52PM
SINGAPURA: Ekonomi Singapura tumbuh 3.8 peratus sepanjang 2022, lebih perlahan berbanding 7.6 peratus yang dicatat pada tahun 2021.

Demikian menurut unjuran awal yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Selasa (3 Jan).

Perangkaan itu bagaimanapun sedikit melebihi unjuran rasmi hasil dalam negeri kasar (GDP) Singapura bagi tahun ini iaitu pada "sekitar 3.5 peratus".

Bagi suku terakhir tahun 2022, ekonomi berkembang sebanyak 2.2 peratus dari tahun ke tahun setelah tumbuh 4.2 peratus dalam suku ketiga.

Dalam perbandingan suku ke suku pula, ekonomi tumbuh 0.2 peratus dalam suku terakhir tahun itu, malah tumbuh lebih perlahan dari 1.1 peratus yang dicatat di suku sebelum ini.

Unjuran awal GDP dikira sebahagian besarnya daripada data yang dikumpulkan dalam dua bulan pertama suku tersebut.

Ia bertujuan untuk memberi petunjuk awal pertumbuhan GDP pada suku tersebut dan tertakluk kepada semakan apabila data yang lebih menyeluruh disediakan, nyata MTI.

Kementerian itu akan mengeluarkan unjuran awal GDP bagi suku keempat dan sepanjang 2022 pada Februari nanti.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan