Ekonomi SG tumbuh 2.9% pada Q2 2024
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ekonomi Singapura tumbuh 2.9 peratus pada suku kedua 2024, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Demikian menurut anggaran awal oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Jumaat (12 Jul).
Ini kurang sedikit daripada penumbuhan tiga peratus yang dicatat pada suku pertama 2024.
Menurut penyesuaian musiman dari suku ke suku, ekonomi Singapura berkembang 0.4 peratus dalam tempoh antara April hingga Jun, pantas sedikit berbanding 0.3 peratus dicatat pada suku pertama.
Anggaran Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) awal dikira daripada data yang dikumpul dalam dua bulan pertama suku tersebut.
Ia digunakan sebagai petanda awal bagi penumbuhan GSP bagi suku tersebut, dan boleh disemak semula apabila data lebih komprehensif disediakan, tambah MTI.
Anggaran awal GSP pada suku pertama adalah 2.7 peratus, namun disemak semula kepada 3.0 peratus.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.