Ekonomi SG tumbuh 0.1% pada suku pertama 2023
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Hanidah Amin/CNA)
SINGAPURA: Ekonomi Singapura tumbuh 0.1 peratus pada suku pertama 2023 berbanding tempoh yang sama setahun lalu. Ia merupakan pertumbuhan yang lebih perlahan berbanding 2.1 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya.
Demikian menurut unjuran rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Jumaat (14 April).
Perangkaan tersebut lebih rendah daripada pertumbuhan 0.6 peratus yang diramalkan oleh 19 ahli ekonomi dalam tinjauan Reuters.
Berdasarkan penyesuaian musiman dari suku ke suku, Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura adalah 0.7 peratus selepas berkembang sedikit, iaitu 0.1 peratus pada suku sebelumnya, menurut MTI.
Pemerintah mengunjurkan pertumbuhan GDP antara 0.5 peratus hingga 2.5 peratus tahun ini. Walaupun prospek pertumbuhan bagi sektor-sektor berkaitan penerbangan dan pelancongan sudah bertambah baik, sektor-sektor yang mengutamakan pasaran luar masih lemah disebabkan oleh kemelesetan ekonomi global yang lebih luas.
Unjuran awal GDP bagi suku pertama tahun ini akan dikeluarkan oleh MTI pada Mei.
SEKTOR PENGILANGAN TERUS SAKSIKAN PENGUNCUPAN
Sektor pengilangan menguncup 6.0 peratus pada suku pertama 2023 berbanding tempoh yang sama setahun lalu, lebih teruk berbanding penguncupan 2.6 peratus pada suku sebelumnya.
Prestasi hambar sektor tersebut disebabkan oleh pengeluaran yang merosot pada semua kelompok pengilangan, kecuali kelompok kejuruteraan pengangkutan.
Sektor binaan berkembang 8.5 peratus pada suku pertama berbanding setahun lalu, melanjutkan pertumbuhan 10.0 peratus pada suku sebelumnya.
Pertumbuhan suku pertama disokong oleh pengembangan pada hasil pengeluaran kedua-dua sektor binaan awam dan swasta.
Nilai tambah sektor itu kekal pada paras 21.3 peratus berbanding tahap sebelum pandemik.
Dalam kalangan sektor perkhidmatan, perdagangan borong dan runcit serta sektor pengangkutan dan penyimpanan menguncup 1.1 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama setahun lalu. Ini berbanding pertumbuhan 2.4 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya.
Sektor-sektor itu secara keseluruhannya menyusut 1.0 peratus pada suku pertama, melanjutkan penguncupan 1.6 peratus pada suku keempat 2022.
Kumpulan itu terdiri daripada sektor infokom, kewangan dan insurans serta sektor khidmat profesional yang berkembang 1.9 peratus pada suku pertama berbanding pertumbuhan sebanyak 2.5 peratus pada suku sebelum itu.
Semua sektor dalam kumpulan itu, kecuali sektor kewangan dan insurans berkembang pada suku pertama.
Sebahagian besar penguncupan sektor kewangan dan insurans disebabkan oleh prestasi lemah segmen perbankan dan insurans.
Baki sektor perkhidmatan dalam kumpulan itu - penginapan dan makanan, hartanah, khidmat pentadbiran dan sokongan serta sektor perkhidmatan yang lain, meningkat sebanyak 6.7 peratus pada suku pertama berbanding setahun lalu. Ia melanjutkan pertumbuhan 9.0 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya.
Kesemua sektor dalam kumpulan itu berkembang pada suku pertama.
Pertumbungan dalam sektor penginapan dipacu oleh pemulihan yang kukuh pada jumlah pelawat antarabangsa.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.