Ekonomi SG naik 4.6% pada Q1, susut daripada 5.7% pada suku sebelumnya: Anggaran awal
Hasil Dalam Negari Kasar (GDP) Singapura berkembang 4.6 peratus dari tahun ke tahun pada suku pertama 2026, pertumbuhan sederhana berbanding 5.7 peratus yang dicatatkan pada suku sebelumnya, menurut anggaran awal yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Selasa (14 Apr).
Sebuah kapal kontena tiba di sebuah pelabuhan di Singapura. (Gambar fail: REUTERS/Darren Whiteside)
Berdasarkan suku ke suku yang diselaraskan secara bermusim, ekonomi menguncup 0.3 peratus, membalikkan pertumbuhan 1.3 peratus pada suku terakhir 2025.
MTI menyatakan, meskipun pertumbuhan keseluruhan “kekal berdaya tahan” pada suku pertama 2026, perang di Timur Tengah boleh menjejaskan aktiviti ekonomi dalam beberapa bulan akan datang.
Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong, yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan, berkata minggu lalu bahawa perang di Iran berkemungkinan memperlahankan aktiviti ekonomi dan mendorong kenaikan harga.
Singapura sebelum ini menaik taraf anggaran pertumbuhan GDP bagi tahun ini kepada antara dua hingga empat peratus, didorong pertumbuhan ekonomi luar biasa sebanyak lima peratus pada 2025. Anggaran tersebut dibuat sebelum perang tercetus pada 28 Februari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.