Ekonomi SG mungkin tumbuh lebih perlahan pada suku pertama 2023, menurut tinjauan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Raj Nadarajan/TODAY
SINGAPURA: Ekonomi Singapura berkemungkinan tumbuh pada rentak yang lebih perlahan pada suku pertama. Ini sekali gus menimbulkan cabaran bagi bank pusat sedang ia berusaha untuk mengimbangi inflasi yang berterusan dengan usaha untuk meningkatkan pertumbuhan yang kian lemah.
Data awal, yang dijadual dikeluarkan pada Jumaat (14 Apr), menunjukkan Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) berkembang 0.6 peratus dari Januari sehingga Mac berbanding setahun lalu, menurut unjuran median daripada 19 ahli ekonomi dalam satu tinjauan Reuters.
Ini berpunca daripada permintaan luaran yang lebih lemah.
Ekonomi negara tumbuh 2.1 peratus dari tahun ke tahun pada suku keempat 2022.
Kegiatan pengilangan, iaitu antara enjin pertumbuhan utama Singapura, menguncup buat lima bulan beruntun terutamanya disebabkan oleh kelembapan pada permintaan semikonduktor di seluruh dunia, di samping eksport bukan minyak domestik.
Pertumbuhan dalam industri perkhidmatan dijangka akan membantu mengimbangi kemerosotan dalam sektor pengilangan, kata para penganalisis.
"Kenaikan pada ketibaan pelancong, termasuk dari China, akan memberi manfaat kepada industri-industri hospitaliti serta makanan dan minuman (F&B). Penggunaan privet juga kekal disokong disebabkan keadaan pasaran buruh yang sihat," kata Selena Ling, ketua perbendaharaan penyelidikan dan strategi di OCBC.
"Melangkah ke hadapan, khidmat tersebut sepatutnya terus menyokong pertumbuhan GDP dalam suku-suku akan datang," tambahnya.
Ekonomi yang bergantung kepada perdagangan tumbuh 3.6 peratus tahun lalu, lebih perlahan berbanding pertumbuhan 8.9 peratus pada 2021.
Pemerintah mengunjurkan GDP tumbuh antara 0.5 peratus hingga 2.5 peratus tahun ini, sambil menyatakan bahawa walaupun prospek pertumbuhan bagi sektor-sektor berkaitan penerbangan dan pelancongan sudah bertambah baik, sektor berorientasikan luaran kekal lemah berikutan kelembapan ekonomi global yang lebih luas.
Prospek suram di samping inflasi berterusan telah meningkatkan perbahasan dalam kalangan penganalisis mengenai sama ada Penguasa Kewangan Singapura (MAS) perlu mengetatkan dasar sekali lagi pada semakan yang dijadualkan, juga pada Jumaat.
Kadar inflasi teras Singapura kekal pada 5.5 peratus sejak beberapa bulan kebelakangan ini, iaitu kadar tertinggi yang dicatatkan dalam 14 tahun.
MAS menyatakan bahawa inflasi teras berkemungkinan kekal sekitar 5 peratus pada bahagian pertama 2023.
Enam daripada 17 ahli ekonomi yang ditinjau Reuters menjangkakan MAS tidak melakukan sebarang perubahan terhadap dasar kewangan, sambil menjelaskan bahawa langkah tersebut diperlukan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Manakala, ahli ekonomi yang lain menjangkakan MAS untuk memperketatkan langkah itu, tetapi berbelah bahagi tentang aspek mana yang sepatutnya disesuaikan bank.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.