Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ekonomi SG diramal tumbuh lebih perlahan pada 2023 di tengah cabaran sejagat

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Ekonomi Singapura diramalkan tumbuh pada rentak lebih perlahan dalam suku-suku akan datang.

Demikian menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Khamis (27 Okt), sambil mengekalkan unjuran Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) bagi tahun ini, iaitu antara 3 hingga 4 peratus.

Pertumbuhan yang perlahan berbanding trend itu disebabkan permintaan luar yang merosot, industri elektronik sejagat yang merudum dan harga pengguna yang kekal tinggi.

Dalam semakan makroekonomi MAS yang dijalankan dua kali dalam setahun, pertumbuhan domestik sebahagiannya dipacu oleh pembukaan semula sempadan.

Namun, ekonomi dijangka tumbuh lebih perlahan apabila permintaan yang tertunggak mula berkurangan.

Sementara itu, MAS meramalkan inflasi teras akan kekal tinggi, iaitu lebih 5 peratus sepanjang tahun ini, disebabkan tekanan kos pada rantaian penghasilan di dalam dan luar negara.

Kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) juga diramal mendorong inflasi teras pada suku pertama tahun depan, sebelum ia mereda pada suku kedua.
Sumber : CNA/ZM/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan