Ekonomi SG dijangka tumbuh 2.7% pada Q2 2024
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pakar ekonomi yang ditinjau oleh bank pusat Singapura menjangkakan ekonomi negara ini akan tumbuh 2.7 peratus pada suku kedua 2024.
Pertumbuhan penuh untuk keseluruhan tahun kekal pada 2.4 peratus, namun pemacu utama pertumbuhan sudah berubah.
Sektor pengilangan dijangka menguncup, daripada 4 peratus kepada 1.6 peratus.
Namun terdapat harapan sektor Kewangan dan Insurans, diunjurkan berkembang dari 3.4 peratus kepada 5.1 peratus.
Pertumbuhan bagi sektor Perdagangan Borong dan Runcit serta Khidmat Penginapan dan Makanan juga dianggarkan naik.
Inflasi bagi 2024 dijangka turun kepada 2.8 peratus berbanding 3.1 peratus dalam tinjauan tiga bulan lalu.
Inflasi teras kekal tidak berubah pada 3 peratus.
Para penganalisis yang ditinjau menunjukkan bagaimana ketegangan geopolitik memberikan tekanan kepada ekonomi.
Tekanan inflasi juga menjadi potensi risiko akibat pertumbuhan yang lemah di China.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.