Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ekonomi S'pura diramal terus pulih sejajar pertumbuhan ekonomi global

Ekonomi Singapura diramal akan terus beransur pulih tahun depan sejajar dengan pertumbuhan ekonomi global yang dijangka kekal positif.

Anggaran Waktu Membaca:
Ekonomi S'pura diramal terus pulih sejajar pertumbuhan ekonomi global

Gambar fail: Diane Leow

Diterbitkan : 13 Sep 2021 05:31PM Dikemas Kini : 13 Sep 2021 05:32PM

SINGAPURA: Ekonomi Singapura diramal akan terus beransur pulih tahun depan sejajar dengan pertumbuhan ekonomi global yang dijangka kekal positif.

Dalam ucapannya di Parlimen, Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan S Iswaran berkata unjuran pertumbuhan ekonomi bagi 2022 akan diumumkan pada November nanti.

Encik Iswaran berkata sedang negara-negara dunia merancakkan usaha vaksinasi, ia akan memudahkan pembukaan semula kegiatan ekonomi dalam bulan-bulan mendatang.

Ini meskipun ekonomi-ekonomi serantau perlu menguatkuasakan semula sekatan-sekatan ketat untuk membendung penularan pantas COVID-19.

GDP Singapura tumbuh 7.7 peratus pada separuh pertama tahun ini, melepasi jangkaan terdahulu.

Lantaran itu, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan meningkatkan unjuran ekonomi sepanjang tahun kepada enam peratus hingga tujuh peratus.

Sumber : CNA/ZM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan