Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ekonomi digital bantu syarikat bertahan semasa pandemik, kata Josephine Teo

Anggaran Waktu Membaca:
Ekonomi digital bantu syarikat bertahan semasa pandemik, kata Josephine Teo

Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo (dua dari kiri). (Gambar: Handout/Indonesian Ministry of Communication and Information/AFP)

Diterbitkan : 03 Sep 2022 06:04PM Dikemas Kini : 03 Sep 2022 06:05PM

BALI: Seruan untuk terus mendakap pendigitalan - setelah terbukti berkesan dalam membantu sektor niaga untuk bertahan semasa pandemik.

Berucap di mesyuarat G20 di Bali, Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo berkongsi Singapura menggunakan pendigitalan sebagai pemangkin bagi pertumbuhan.

Ini dicapai menerusi pelaburan dalam prasarana digital sejak awal, membantu sektor niaga dengan peralatan serta menebarkan sayap ke luar negara. 

Cik Teo berkata data maklumat mendorong ekonomi digital sejagat, terutama apabila ia merentas sempadan. Oleh itu, beliau menyeru agar kepiawaian yang tinggi ditetapkan untuk tujuan tersebut.

Cik Teo turut menggesa agar setiap negara memudahkan interaksi sistem digital satu sama lain, sedang ia mencari keseimbangan dengan keperluan untuk bersaing.

Cik Teo berada di Bali untuk mesyuarat G20 dalam kalangan menteri bidang digital.

Beliau turut bertemu rakan sejawatan dari Indonesia dan India serta syarikat-syarikat Singapura yang ikut serta dalam Rangkaian Inovasi Digital.

Ia menggabungkan syarikat-syarikat pemula, para pelabur serta agensi-agensi pemerintah bagi mempamerkan inovasi digital yang dihasilkan.

Sumber : CNA/IQ/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan