Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ekonomi APEC harus labur dalam teknologi mampan baharu: PM Lee

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Nov 2023 03:18PM Dikemas Kini : 17 Nov 2023 10:50PM
SAN FRANCISCO: Ekonomi Asia Pasifik harus melabur dalam teknologi mampan baharu, dan Singapura ingin bekerjasama dengan rakan-rakan untuk mempertingkatkan bekalan rantaian bagi hidrogen rendah karbon.

Demikian menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loon pada Khamis (16 Nov).

Tema bagi Sidang Puncak APEC ke-30 tahun ini adalah Membina Masa Depan Berdaya Tahan dan Mampan untuk Semua.

"Banyak perkara yang dapat dilaksanakan ekonomi APEC secara bersama untuk mempercepatkan kemajuan terhadap perubahan iklim," kata PM Lee. Beliau mencadangkan bahawa ekonomi tersebut melabur dalam teknologi baharu dan mampan.

"Namun teknologi baharu belum dikuatkuasakan pada skala untuk mampu dimiliki dan tiada satu ekonomi yang dapat lakukannya dengan sendiri," tambahnya.

"Singapura sedang menghasilkan Strategi Hidrogen Negara untuk menjadikan sektor tenaganya lebih mesra alam sekitar. Kami mengalu-alukan kerjasama untuk mempertingkatkan rantaian bekalan bagi hidrogen rendah karbon."

Menurut PM Lee, ekonomi APEC yang terdiri daripada 21 negara, juga boleh bekerjasama untuk menghasilkan pasaran karbon integriti tinggi.

PM Lee kemudian mencadangkan bahawa anggota APEC bekerjasama untuk menghasilkan model kewangan baharu, supaya ia dapat menyokong usaha peralihan tenaga dan nyah karbon.

Beliau berkata Singapura sedang berbincang dengan rakan kongsi industri, bank bank pembangunan pelbagai hala dan dermawan secara aktif, untuk membangunkan kerjasama kewangan "teradun".

Di sidang puncak tersebut, para pemimpin Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) melancarkan dialog mengenai mineral kritikal untuk memupuk kerjasama lebih erat dalam mengukuhkan rantaian bekalan mineral kritikal.
Dalam mesyuarat IPEF pada Khamis, PM Lee berkata beliau mengalu-alukan kemajuan yang dicapai perjanjian perdagangan IPEF.

"Perdagangan adalah perkara penting bagi ekonomi global. Dan tonggak perdagangan adalah bahagian penting dalam perjanjian IPEF dan pelibatan ekonomi serta strategik Amerika dengan rantau ini," katanya.

"Namun, menghasilakn pendekatan baharu dan kreatif dalam dasar perdagangan tidaklah mudah, dan ia mengambil masa untuk mengusahakannya dengan teliti, melalui perkara-perkara sensitif dan memilih masa terbaik untuk melakukan perjanjian tersebut.

Singapura akan terus bekerjasama dengan rakan-rakannya dengan rapat, untuk melaksanakan perjanjian dan inisiatif IPEF," katanya.

PM Lee menambah bahawa Singapura bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada Forum Pelabur Ekonomi Bersih IPEF yang akan diadakan buat julung kalinya pada separuh pertama 2024.

Ia akan membantu memadankan modal dengan projek iklim yang kritikal, untuk memajukan usaha nyah karbon dan peralihan kepada ekonomi sifar bersih.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan