Skip to main content

Singapura

Ejen hartanah digantung lesen 10 bulan, didenda $27,000, ubah dokumen secara haram

Majlis Agensi Hartanah (CEA) menggantung lesen seorang ejen hartanah selama 10 bulan dan mengenakan denda $27,000 terhadapnya. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Dec 2019 09:54PM Dikemas Kini : 23 Dec 2019 11:09PM

SINGAPURA: Majlis Agensi Hartanah (CEA) menggantung lesen seorang ejen hartanah selama 10 bulan dan mengenakan denda $27,000 terhadapnya.

George Peh dari KF Property Network mengubah secara haram dokumen-dokumen untuk mendapatkan komisyen tambahan.

Dia menerima lebih $64,000 secara keseluruhannya, tujuh kali jumlah yang sepatutnya diterima.

Ejen hanya boleh mewakili satu pihak dalam setiap urus niaga.

Namun George Peh yang sebelum ini bersama DTZ Property Network, menerima komisyen selepas membantu tiga kliennya menyewa hartanah.

Dia juga meminta ejen bagi pemilik rumah tersebut melakukan "co-broke" dengannya.

Bagi menyembunyikan perbuatannya itu, Peh mengubah dokumen-dokumen rasmi tanpa pengetahuan syarikat

dan melabelkan komisyen yang diterimanya sebagai yuran pengurusan hartanah.

Menurut CEA, perbuatannya itu menipu beberapa pihak dan melanggar tanggungjawab profesionalnya. 

Sumber : CNA/NF/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita