Skip to main content

Singapura

Ejen hartanah boleh nikmati bayaran lebih tinggi jika rujuk pelanggan ke pinjaman rumah OCBC

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Jul 2024 09:47PM Dikemas Kini : 08 Jul 2024 10:16PM
SINGAPURA: Semua ejen hartanah di Singapura kini boleh menikmati bayaran lebih tinggi jika mereka merujuk pelanggan mereka kepada pinjaman rumah OCBC.

Di bawah satu program baharu, ejen hartanah boleh menikmati faedah seakan majikan, yang biasanya tidak ditawarkan kepada mereka yang bekerja sendiri.

Program ini merupakan yang pertama seumpamanya di Singapura, dengan sepertiga ejen hartanah Singapura sudah pun berdaftar dengan OCBC.

Setiap ejen akan menerima faedah sehingga S$5,000 setiap tahun - dari kadar pinjaman rumah lebih rendah, diskaun bagi pelan insurans dan juga kegiatan kesihatan peribadi.

Pun begitu, seorang penganalisis berkata, program sedemikian boleh menimbulkan risiko kepada pelanggan.

Misalnya, ejen akan cenderung mempromosikan pinjaman wang daripada bank-bank rakan kongsi sahaja.

Ini bermakna, pilihan bagi pelanggan akan berkurangan, selain menimbulkan pasaran yang tidak berdaya saing.

Beberapa langkah kawal selia disediakan untuk memastikan ejen telus dalam urus niaga mereka.
Sumber : CNA/NY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita