Ejen hartanah boleh main peranan penting dalam perancangan legasi dan harta pusaka keluarga Melayu/Islam
Anggaran Waktu Membaca:

Para ejen hartanah menghadiri forum Perancangan Legasi Islam 101 – Edisi Hartanah (Gambar: Nurhelmy Hakim)
SINGAPURA: Ejen hartanah bukan sekadar pengantara dalam urusan jual beli rumah.
Mereka juga boleh memainkan peranan penting dalam merancang legasi dan menjamin masa depan keluarga, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam.
Demikian ditegaskan Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, yang juga pengerusi Kumpulan Kerja Perancangan Legasi Islam (ILPW), semasa Forum Perancangan Legasi Islam 101 – Edisi Hartanah yang dianjurkan buat julung kalinya oleh ILPW dengan kerjasama Wakaf Masyarakat Singapura (WMS).
Forum yang berlangsung pada Khamis (8 Mei) di pusat APAC ERA itu menghimpunkan 200 ejen hartanah daripada agensi seperti ERA, PropNex dan Huttons, dengan tujuan memperkasa mereka dalam aspek perancangan legasi Islam, termasuk instrumen seperti hibah, faraid dan sadaqah jaariyah.
“Urusan waris dan legasi bukan mudah. Ia bersifat emosi, kompleks, dan sangat peribadi. Keperluan setiap keluarga berbeza-beza, justeru penyelesaian juga tidak seragam,” kata Encik Zhulkarnain.
KUPASAN TOPIK BERKAITAN HIBAH, FARAID
Beliau turut menekankan kepentingan perancangan legasi yang rapi bagi mengelak konflik keluarga dan tragedi yang boleh dicegah.
"Saya telah melihat terlalu banyak kes yang menyebabkan kekurangan perancangan yang betul membawa akibat yang dahsyat. Ini termasuk adik beradik bergaduh di mahkamah, anak-anak dinafikan bahagian mereka yang sah serta pasangan janda terpaksa menjual rumah mereka. Ini bukan sahaja peristiwa malang. Ia adalah sesuatu yang boleh dicegah.

"Kita dapat menjadikan setiap transaksi hartanah satu detik perancangan legasi yang bermakna, suatu yang melindungi harmoni keluarga, memperkasa masyarakat dan memberi barakah untuk generasi-generasi akan datang," kata beliau.
Selama tiga jam, para peserta forum diberi pendedahan melalui kes-kes sebenar serta sesi soal jawab bersama panel pakar seperti Pengarah Urusan Crescent Law Chambers LLC, Encik Ahmad Nizam Abbas dan Timbalan Pengarah Pembangunan dan Dasar Keagamaan MUIS, Ustazah Raihanah Halid.

ILMU WARISAN ISLAM PENTING BAGI EJEN HARTANAH TANGANI KEPERLUAN PELANGGAN MELAYU/ISLAM
Selain menerangkan asas perundangan Islam berkaitan warisan, forum itu juga membantu membetulkan salah tanggapan dan kekeliruan yang sering timbul dalam kalangan ejen hartanah, termasuk tentang pemilikan rumah dan hak pusaka dalam Islam.
Pengarah cawangan bersekutu PropNex, Cik Nurhidayah Mohamed Khan, menyifatkan forum itu sebagai pencerahan yang sangat berguna bagi ejen hartanah.
“Banyak juga kes yang dibincangkan tadi dapat membantu kami dalam pengendalian kerja seharian. Banyak juga terma-terma seperti hibah yang kami pernah dengar sebelum ini, tapi tidak tahu bagaimana nak mengaplikasikannya. Seminar ini beri kami pemahaman yang lebih mendalam. Ia sangat membantu,” jelas beliau.
Menurutnya lagi, tanpa kefahaman asas dalam perancangan legasi Islam, sukar untuk memberi nasihat yang tepat kepada pelanggan.
PELUANG BAGI EJEN BUKAN ISLAM FAHAMI KEPERLUAN KLIEN MUSLIM
Kefahaman tentang legasi Islam tidak terhad kepada ejen hartanah Melayu/Islam sahaja.
Dalam kalangan lebih 200 peserta, sekitar 20 merupakan ejen bukan Melayu/Islam.
Salah seorang daripadanya, Cik Champa, berkata pengalaman itu membuka matanya tentang keperluan untuk memahami istilah dan amalan warisan Islam.

Ini kerana pendekatan perancangan legasi bagi masyarakat bukan Islam sangat berbeza daripada masyarakat Melayu/Islam, khususnya daripada segi pembahagian harta dan penyediaan wasiat.
“Sebagai seorang bukan Muslim, bila pelanggan Muslim datang untuk dapatkan nasihat, saya rasa panik. Terma yang mereka guna sangat asing, dan boleh jadi sangat mengelirukan. Saya rasa malah ada pelanggan Muslim sendiri yang pun tidak begitu faham,” kongsi beliau.
Pegawai Eksekutif Utama ERA, Encik Eugene Lim, turut menekankan peranan ejen hartanah sebagai penasihat pertama bagi ramai pelanggan.
“Mereka adalah titik sentuhan pertama bagi semua pelanggan, dan pelanggan akan mencari kami untuk mendapatkan nasihat awal. Ramai pelanggan datang dengan keperluan keluarga yang berbeza, dan ingin tahu bagaimana untuk merancang pemilikan harta mereka. Seminar sebegini memberi mereka peluang untuk memahami warisan Islam dengan lebih baik dan membantu memberi panduan awal kepada pelanggan,” kata beliau.
Memandang ke hadapan, Encik Zhulkarnain berharap agar lebih banyak forum seperti ini dapat dianjurkan demi meluaskan pemahaman masyarakat dan memperkukuh asas perancangan legasi dalam komuniti.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.