Skip to main content

Singapura

Ejen hartanah beri lebih perhatian kepada pemeriksaan pematuhan susuli kes pengubahan wang haram berbilion dolar

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Sep 2023 08:04PM Dikemas Kini : 08 Sep 2023 09:51PM
SINGAPURA: Ejen-ejen hartanah kini memberi lebih banyak perhatian kepada pemeriksaan pematuhan, susuli kes pengubahan wang haram bernilai sekitar S$1 bilion baru-baru ini.

Langganan kepada khidmat web anti-pengubahan wang haram yang diselengarakan oleh Persatuan Ejen Hartanah Singapura (SEAA) melonjak dengan lebih 400 pengguna baharu sejak tercetusnya kes tersebut Ogos lalu.

Ramai daripada pengguna baharu ini daripada agensi hartanah butik.

Kebanyakan daripada agensi ini mempunyai kurang daripada 10 ejen.

Sementara itu, lebih 20,000 daripada sekitar 35,000 ejen tempatan sedia ada, sudah melanggani perkhidmatan ini.

Menurut pihak SEAA, terdapat juga kesedaran yang meningkat dalam kalangan ejen mengenai kemungkinan liabiliti yang mereka perlu tanggung.

Sekitar 60 ejen hartanah yang dikaitkan dengan urus niaga membabitkan kes pengubahan wang haram besar-besaran itu sedang membantu dalam siasatan.

Pada 15 Ogos lalu, lebih $1 bilion aset dirampas atau dibekukan dan 10 suspek diberkas atas penglibatan mereka dalam kes pengubahan wang haram tersebut.

Aset-aset ini termasuklah hartanah, kenderaan, wang tunai, barangan mewah dan jongkong emas.

Ramai suspek yang diberkas menetap di banglo-banglo mewah atau GCB yang disewa atau dibeli, mencetuskan keprihatinan orang ramai.
Sumber : CNA/IZ/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita