Edwin Tong gesa Persatuan Guaman dedah laporan audit penuh kepada para anggotanya
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Undang-Undang Edwin Tong bercakap kepada media pada 6 Jun 2026. (Gambar fail: CNA/Alyssa Tan)
- Menteri Undang-Undang Edwin Tong menggesa Persatuan Guaman Singapura supaya mendedahkan laporan penuh audit berkaitan isu budaya kerja dan tadbir urus kepada semua anggota.
- Gesaan ini susulan petisyen dan mesyuarat tertutup yang tegang, di mana anggota menuntut ketelusan selepas dakwaan kelemahan tadbir urus timbul melalui emel tanpa nama pada September 2025.
- Audit bebas mendapati kelemahan ketara dalam kepimpinan dan pentadbiran antara 2022 hingga 2025, namun tiada bukti salah laku kewangan disengajakan ditemui.
- Persatuan Guaman menyatakan telah mengambil langkah sewajarnya, manakala MinLaw akan terus memantau tindakan majlis untuk memperkukuh keyakinan terhadap institusi tersebut.
SINGAPURA: Menteri Undang-Undang Edwin Tong menggesa Persatuan Guaman Singapura (Law Society of Singapore) supaya mendedahkan kepada para anggotanya laporan penuh audit yang menemui isu berhubung budaya tempat kerja dan tadbir urus.
Kenyataan beliau pada Jumaat (14 Ogos) menyusuli satu petisyen dan mesyuarat tertutup yang tegang pada Khamis malam, apabila para anggota persatuan tersebut menuntut supaya laporan penuh itu didedahkan.
Menjawab pertanyaan media, Encik Tong berkata laporan jawatankuasa audit itu membangkitkan isu-isu penting berkaitan budaya tempat kerja, serta pentadbiran dan fungsi Persatuan Guaman dari 2022 hingga 2025.
“Perkara-perkara ini perlu dipandang serius dan ditangani secara menyeluruh,” kata beliau.
“Oleh itu, penting bagi para anggota untuk mengadakan perbincangan secara terbuka dan membina dengan majlis persatuan, dan ini perlu disokong dengan pendedahan maklumat yang mencukupi supaya isu-isu tersebut dapat difahami dan dipertimbangkan dengan sewajarnya.
“Secara khusus, laporan-laporan berkaitan (dengan bahagian tertentu disunting dengan sewajarnya bagi melindungi mereka yang ditemu bual) harus diberikan kepada para anggota supaya mereka dapat membuat penilaian sendiri.”
Salinan bercetak laporan jawatankuasa audit tersebut, yang mengandungi ringkasan dapatan dan saranan, diedarkan kepada para anggota sebelum mesyuarat pada Khamis malam dan perlu dipulangkan sebelum sesi tersebut berakhir.
Mediacorp difahamkan beberapa lampiran tidak disertakan dalam dokumen yang diberikan, termasuk laporan siasatan yang lebih lengkap oleh sebuah firma guaman dan firma audit luar.
DAKWAAN
Persatuan Guaman mewakili para peguam dan memastikan piawaian profesion guaman di Singapura dikekalkan. Majlis persatuan tersebut, yang kini dipimpin Presidennya, Profesor Tan Cheng Han, mula memegang jawatan pada 2026.
Presiden persatuan dari 2022 hingga 2025 ialah mendiang Encik Adrian Tan, Peguam Kanan Jason Chan dan Cik Lisa Sam.
Dakwaan berhubung budaya tempat kerja dan tadbir urus yang lemah di persatuan guaman tersebut pertama kali timbul menerusi emel tanpa nama yang dihantar kepada Kementerian Undang-Undang (MinLaw) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada 13 September 2025.
Jawatankuasa audit Persatuan Guaman, yang terdiri daripada anggota dan bukan anggota persatuan, menyiasat dakwaan tersebut secara bebas, tanpa pelibatan majlis. Ia membentangkan dapatannya kepada majlis pada 5 Jun dan menghantar laporan tersebut kepada MinLaw pada 1 Julai.
Pada 5 Ogos, Encik Tong berkata audit tersebut mendapati terdapat “kelemahan ketara” dalam kepimpinan, budaya tempat kerja dan tadbir urus dari 2022 hingga 2025, namun tidak menemui bukti salah laku kewangan yang disengajakan atau percubaan yang disengajakan untuk menutup perkara tersebut.
Dalam jawapan bertulis di parlimen, Encik Tong menyifatkan maklumat menerusi emel tersebut sebagai mengandungi dakwaan “serius dan meluas” mengenai “tingkah laku tidak wajar di tempat kerja, kelemahan dalam tadbir urus dan pengawasan, kekurangan dalam pengendalian aduan dan proses pemberi maklumat, serta kelemahan dalam kawalan dalaman terhadap amalan pentadbiran dan kewangan tertentu” dari 2022 hingga 2025.
Pada Jumaat, Encik Tong berkata Persatuan Guaman memainkan peranan penting dalam sistem perundangan Singapura dan memikul tanggungjawab terhadap para anggotanya serta masyarakat umum.
“Oleh itu, penting supaya isu-isu yang dikenal pasti dalam laporan itu ditangani dengan sewajarnya, secara telus dan bertanggungjawab, dan langkah-langkah yang diperlukan diambil untuk memperkukuh tadbir urus serta fungsi persatuan.
“Ini akan membantu mengekalkan keyakinan terhadap Persatuan Guaman sebagai sebuah institusi.”
MinLaw akan terus mengikuti perkembangan dengan teliti dan menantikan kemas kini lanjut daripada majlis berhubung langkah-langkah yang diambil untuk menangani isu yang dikenal pasti dalam laporan tersebut, tambah Encik Tong.
Persatuan Guaman sebelum ini memberitahu Mediacorp bahawa ia sudah meneliti laporan jawatankuasa audit dengan teliti dan “mengambil langkah-langkah yang diperlukan” sebagai respons terhadap dapatan dan saranannya.
Ia enggan untuk mengulas dengan lebih lanjut atas alasan kerahsiaan.

Sumber : CNA/AZ/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.