Skip to main content

Singapura

Edisi khas majalah National Geographic dikeluarkan sempena ulang tahun S'pura

Majalah National Geographic akan mengeluarkan satu edisi khas Singapura sempena sambutan ulang tahun ke-53 negara.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Jul 2018 11:30PM Dikemas Kini : 24 Jul 2018 11:36PM

SINGAPURA: Majalah National Geographic akan mengeluarkan satu edisi khas Singapura sempena sambutan ulang tahun ke-53 negara.

Diberi judul 'Singapura - Kota Masa Depan', majalah percuma itu akan disediakan di kelab-kelab masyarakat dan perpustakaan bermula 1 Ogos ini. Hanya 250,000 naskhah majalah akan diedarkan.

Edisi khas itu mengandungi temu bual eksklusif dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang berkongsi pandangannya tentang masa depan Singapura.

Ia adalah sebahagian daripada kempen #WhatMakesSG, satu kerjasama antara Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) dengan National Geographic.

Turut dilancarkan di Suntec City West Atrium hari ini adalah pameran yang memaparkan gambar-gambar terbaik daripada peraduan fotografi #WhatMAkesSG.

Peraduan selama sebulan bermula April itu menerima 7,000 penyertaan. Gambar-gambar lima pemenang dipamerkan bersama hasil karya jurugambar National Geographic, Michael Yamashita.

Pameran tersebut akan singgah ke lokasi-lokasi lain termasuk Terminal 4 Lapangan Terbang Changi.

Sumber : CNA/FZ/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita