Edisi ke-7 Seminar Madrasah rungkai cara tangani keganasan ekstrim online
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: MUIS)
SINGAPURA: Seminar Madrasah 2023 ke-7 "Ctrl+Alt+Delete: Menangani Keganasan Ekstrim Online" diadakan pada awal minggu ini di Madrasah Aljunied Al-Islamiah.
Acara dwitahunan tersebut, yang bermula pada 2010, dianjurkan bersama oleh Madrasah Aljunied dan Madrasah Wak Tanjong, serta disokong Kementerian Ehwal Dalam Negara (MHA) dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim menghadiri sesi dialog bersama Mufti Dr Naziruddin Mohd Nasir.

Seminar tersebut menyediakan platform untuk pelajar madrasah melibatkan diri dengan perbincangan mengenai isu-isu negara yang relevan.
Antara tema yang dibincangkan semasa seminar sebelum ini termasuk penggunaan media sosial yang berleluasa untuk menyebarkan propaganda kebencian dan keganasan, peranan belia secara umum untuk menangani radikalisasi, pentingnya menubuhkan integrasi sosial yang betul dalam kalangan masyarakat serta memacu belia dalam membentuk masa depan Singapura.
Dengan perkembangan keselamatan sejagat dan serantau sebagai latar belakang, seminar itu menyediakan pandangan daripada para ilmuan dan karyawan tentang kerumitan yang muncul daripada kerencaman masyarakat global dan tempatan, terutama sekali sikap eksklusif melibatkan pandangan keagamaan dan perkauman seseorang.
Seminar tersebut juga menggalakkan pelajar untuk menyumbang secara sukarela tidak kira betapa kecil sumbangan mereka, untuk memastikan Singapura selamat dan terjaga, serta melindungi ruang-ruang yang dikongsi bersama.
Antara perkara utama yang dibangkitkan dalam dialog tersebut adalah:
Seminar itu dihadiri 160 pelajar Menengah Peringkat Atas dan Pra-Universiti dari Madrasah Aljunied, Madrasah Wak Tanjong, Madrasah Al-Maarif, Madrasah Al-Arabiah dan
Madrasah Alsagoff.

- Pelajar madrasah adalah pemimpin bagi masyarakat masa depan dan bertanggungjawab melindungi ilmu agama
- Memahami pendirian Singapura yang berprinsip terhadap konflik yang sedang berlaku, dan perlunya untuk menjaga dan mengukuhkan perpaduan sosial Singapura di tengah-tengah keadaan di Timur Tengah.
- Perkara yang berlaku di seluruh dunia tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat Singapura.
- Berjaga-jaga dengan kandungan di internet dan media sosial yang mempromosikan keganasan ekstrim dan radikalisme.
Seminar itu dihadiri 160 pelajar Menengah Peringkat Atas dan Pra-Universiti dari Madrasah Aljunied, Madrasah Wak Tanjong, Madrasah Al-Maarif, Madrasah Al-Arabiah dan
Madrasah Alsagoff.
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.