Edisi Ke-6 M'sia Fest tawar beraneka hasil pertanian, produk baru; sasar jualan S$10 juta
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Nurfazirah Azman)
SINGAPURA: “Terokai Rasa Unik Malaysia” - demikian tema Malaysia Fest tahun ini.
Sebanyak 10 metrik tan buah-buahan musiman seperti nangka, salak madu dan manggis dari beberapa negeri Malaysia akan dibawa masuk untuk edisi keenam pesta itu.
Selain buah-buahan, para pengunjung juga akan dapat menikmati pelbagai lagi sajian dan produk menarik yang ditawarkan hampir 280 gerai.
Acara anjuran MegaXpress International dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu adalah yang terbesar dianjurkan sejauh ini dan dijangka menarik 120,000 pengunjung.
PELUANG LUASKAN PASARAN PRODUK
Malaysia Fest menyediakan peluang bagi para usahawan untuk mempromosi dan memasarkan produk keluaran Malaysia ke Singapura.
Antaranya adalah produk agromakanan, pakej pelancongan, produk kecantikan, fesyen, produk kecantikan dan makanan unik negeri-negeri Malaysia.
"Untuk edisi tahun ini Malaysia Fest akan menggabungkan penyertaan daripada negeri Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan. Singapura merupakan pasaran yang bagus untuk mereka," kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Dr Azfar Mohamad Mustafa.
"Jualan pada edisi-edisi yang lepas, sentiasa meningkat dan kita jangka hasil pada tahun ini jualan akan mencecah kepada lebih S$10 juta dollar," tambah beliau.
Pesta tersebut juga menawarkan peluang bagi para usahawan meneroka peluang perniagaan di kedua-dua negara.
"Kali ini kita ada tambahan sedikit kita hendak adakan program B2B kita hendak temukan usahawan daripada Malaysia dan juga usahawan ataupun eksport atau import Malaysia dan Singapura. Kemudian kita mengharapkan selepas pertemuan itu mereka akan langsung mengadakan hubungan dan meneruskan hubungan baik antara kedua-dua negara," kata Pengerusi FAMA, Aminuddin Zulkipli.
Turut mengambil bahagian adalah barisan artis dan usahawan terkenal Malaysia.
"Saya rasa hampir 20 hingga 25 selebriti termasuk Dato Seri Siti Nurhaliza, Aliff Syukri, Jasmine Ashraff dan banyak lagi yang akan datang dan membawa produk-produk mereka. Ini merupakan kali ketiga Dato Siti hadir. Beliau begitu ghairah kerana katanya orang Singapura ini baik, katanya kami 'sangat supporting'," kata Pengarah Urusan MegaXpress Pte Ltd, Hamzah Hj Abdullah.
Malaysia Fest akan bermula pada 27 hingga 30 Julai ini di Dewan 5 Singapura Ekspo.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.