Edisi ke-6 golf amal AMP berjaya kutip hampir S$215,000
Hampir S$215,000 berjaya dikumpulkan melalui edisi keenam acara golf amal AMP. Hasil kutipan itu dapat membantu sekitar 15,000 penerima pelbagai program bantuan dan perkhidmatan AMP.
SINGAPURA: Hampir S$215,000 berjaya dikumpulkan melalui edisi keenam acara golf amal AMP.
Hasil kutipan itu dapat membantu sekitar 15,000 penerima pelbagai program bantuan dan perkhidmatan AMP.
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli membuka acara dengan membuat pukulan pertama di padang golf Orchid Country Club petang Selasa (19 Mac).
Beliau disertai 125 lagi pemain golf berbilang kaum yang sama-sama beraksi demi menyokong usaha murni AMP untuk membantu golongan memerlukan.
"Buat tahun ini, dan tahun lepas kita telah mengadakan satu program secara besar-besaran iaitu program membantu penagih-penagih dadah yang keluar dari institusi di Singapura. Kami membantu keluarga mereka juga, jadi selain daripada bantuan kepada program-program yang kami sedia ada sebelum ini," kongsi pengarah eksekutif AMP Mohd Anuar Yusop.
Dengan program-program baru yang diperkenalkan AMP, jumlah penerima bantuan turut meningkat, seramai lebih 500 orang tahun ini.
Justeru, S$215,000 yang terkumpul melalui acara golf amal dan sumbangan derma ini akan dapat membantu membiayai pelbagai program dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Sejak dianjurkan pada 2007, lebih 366,000 penerima bantuan sudah meraih manfaat daripada sumbangan derma menerusi acara-acara amal AMP.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.