Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Edisi ke-18 SG Motorshow pamer jumlah rekod lebih 60 kenderaan elektrik

Pameran Singapore Motorshow tahun ini mempamerkan lebih 60 kenderaan elektrik, iaitu satu jumlah rekod.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Jan 2025 11:16PM Dikemas Kini : 09 Jan 2025 11:18PM
SINGAPURA: Pameran Singapore Motorshow tahun ini mempamerkan lebih 60 kenderaan elektrik, iaitu satu jumlah rekod.

Jumlah itu bahkan lebih daripada 160 kenderaan yang ditampilkan di pameran itu, juga jumlah tertinggi pernah dicatatkan.

Dalam edisi ke-18 Pameran Singapore Motorshow di Pusat Konvensyen Suntec, terdapat lebih banyak kenderaan elektrik yang dipamerkan.

Sekitar 30 peratus kereta baharu yang berdaftar di Singapura pada separuh pertama tahun lalu merupakan kenderaan elektrik.

"Jadi Pemerintah ada menawarkan subsidi bagi kenderaan lebih mesra alam, jadi saya rasa ia mendorong penggunaan kenderaan elektrik dan hibrid.

"Dan saya fikir mujur bagi kenderaan elektrik, saya rasa keseluruhan kos pemilikannya adalah lebih rendah berbanding bahan api. Elektrik juga lebih murah berbanding bahan api. Saya fikir ini semua mendorong penggunaan kenderaan elektrik," kata Presiden Peniaga Motor Glenn Tan.

Di pameran kali ini, hampir sepertiga daripada keseluruhan model EV yang dipamerkan adalah kenderaan elektrik jenama China.

"Kebanyakan daripada kenderaan elektrik baharu dicipta dari China, dan ia merupakan jenama kenderaan lebih baharu dari China, dan jenama-jenama itu sanggup mengenakan harga berdaya saing dalam pasaran Singapura dan pasaran-pasaran lain yang ingin ditembusi.

"Tetapi mereka bukan sahaja sanggup menetapkan harga yang berdaya saing, tetapi kami juga mendapati bahawa konsep reka bentuk, kegunaan teknologi dan selanjutnya, sebenarnya agar inovatif, agak canggih," kata Profesor Madya Walter Theseira dari Sekolah Perniagaan SUSS.

Jenama EV dari China, BYD sudah pun mempunyai empat model yang telah digunakan di jalan-jalan raya Singapura.

"Hari ini, kita melancarkan dua model baharu yang menampilkan ciri-ciri terkini yang boleh ditawarkan oleh BYD dari segi kebolehpanduan dan keselesaan.

"Tahun ini, kami juga dijangka melancarkan model-model baharu yang saya percaya sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Singapura," kata Pengurus Operasi Jualan BYD, Chan Ka Shing.

Namun ia bukan sekadar tentang kenderaan elektrik.

Rakan kongsi penganjur Mediacorp menyatakan kepelbagaian kenderaan yang ditawarkan bermakna ada sesuatu untuk semua orang.

"Tarikan utama adalah jumlah kereta yang dipamerkan, jumlah jenama dan faktor model - sama ada ia kereta SUV, MPV atau kereta lebih kecil, terdapat sesuatu untuk semua orang," kata Ketua Huraian Industri Mediacorp, Toh Dasheng.

Para selebriti Mediacorp akan hadiri acara itu mulai Jumaat.

Pihak penganjur menjangkakan sehingga 50,000 hadirin ke pameran itu.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan