Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

EDB sediakan $20 juta, galak lebih banyak syarikat lakukan inovasi

Anggaran Waktu Membaca:
EDB sediakan $20 juta, galak lebih banyak syarikat lakukan inovasi

Kawasan perniagaan kewangan Raffles Place di Singapura pada 20 April 2021. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Syarikat-syarikat yang ingin memulakan perniagaan baru dalam tempoh enam bulan, kini boleh memanfaatkan satu program yang dipertingkat.

Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) menyuntik tambahan dana sebanyak $20 juta kepada skim Pencetus Usaha Inovasi Korporat yang dilancarkan tahun lalu.

Ini bagi mendorong syarikat-syarikat berkembang di sektor-sektor yang tumbuh pesat untuk tempoh dua tahun akan datang.

Sejauh ini, enam daripada 13 syarikat yang terlibat dalam fasa perintis program tersebut, sudah memulakan perniagaan baru.

Mereka turut memberikan komitmen untuk melabur sekitar $50 juta bagi mengembangkan usaha baru tersebut.

Oleh itu, pihak EDB kini ingin meluaskan program itu, termasuk peruntukan sehingga setengah juta dolar bagi saranan model perniagaan yang baru atau menghasilkan produk asas yang mampu untuk dikembangkan.

Pihak EDB juga meluaskan ukur tara kelayakan untuk menyertai skim itu.

Antara syarikat yang berjaya memanfaatkan program EDB itu adalah Bayer.

Ibu pejabatnya di Singapura bekerja rapat dengan para petani di rantau ini untuk membekalkan mereka benih dan baja.

Sasarannya - bagi meningkatkan jangkaan, keuntungan serta kelestarian hasil tanaman mereka.
Sumber : CNA/IQ/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan