Skip to main content

Singapura

EDB peruntuk S$32j bantu firma SG kerjasama dengan syarikat pemula

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Aug 2024 08:08PM Dikemas Kini : 29 Aug 2024 08:59PM
SINGAPURA: Tidak lama lagi, perusahaan yang berpangkalan di Singapura dapat dengan lebih mudah menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat pemula.

Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) akan memperuntukkan lagi S$32 juta kepada program Pencetus Usaha Inovasi Korporat untuk membantu syarikat-syarikat mengembangkan perniagaan, selain memacu inovasi.

Ini adalah peruntukan terbesar daripada tiga peringkat pembiayaannya bagi program tersebut.

Bersama dengan sembilan rakan kongsi yang dilantik, EDB akan membantu syarikat-syarikat yang dipilih berinovasi dalam bidang pertumbuhan baharu.

Program yang dikembangkan akan membiayai secara bersama sehingga 50 peratus kos perkhidmatan dan tenaga kerja.

Sokongan tambahan juga disediakan bagi syarikat-syarikat untuk memulakan atau meningkatkan projek-projek syarikat pemula.
Sumber : CNA/IA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita