Skip to main content

Singapura

ECO Special Waste Management didenda kerana 'amalan kerja tidak selamat'

ECO Special Waste Management (ECO SWM) didenda S$230,000 pada 20 Ogos kerana "amalan kerja tidak selamat", menyebabkan kebakaran di kemudahan pengurusan sisa berbahaya miliknya di Tuas pada 2017.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Aug 2019 02:00PM Dikemas Kini : 28 Aug 2019 10:19PM

SINGAPURA: ECO Special Waste Management (ECO SWM) didenda S$230,000 pada 20 Ogos kerana "amalan kerja tidak selamat", menyebabkan kebakaran di kemudahan pengurusan sisa berbahaya miliknya di Tuas pada 2017.

Dalam satu kenyataan media, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan syarikat itu gagal "mengambil langkah amalan munasabah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan kakitangannya".

Satu kebakaran tercetus di loji di 23 Tuas View Circuit pada pagi hari 23 Februari 2017 apabila seorang pekerja melepaskan cecair heksana ke dalam bekas besar perantaraan plastik (IMC). Ia kemudian merebak dengan cepatnya, mencetuskan kebakaran yang menjejas separuh loji berkenaan.

Lebih 200 anggota bomba dikerahkan untuk memadamkan kebakaran itu yang mengambil masa empat jam. Tiada pekerja dilaporkan cedera namun kemudahan di loji berkenaan mengalami kerosakan ketara.

MOM menyatakan siasatan mendapati syarikat itu gagal menjalankan penilaian risiko untuk memastikan bahawa plastik IBC yang digunakan adalah sesuai bagi menyimpan heksana yang mudah terbakar.

Menurut kementerian itu lagi, syarikat berkenaan juga didapati gagal memastikan para pekerjanya mematuhi prosedur operasi yang selamat apabila mengendalikan produk-produk berbahaya.

"Heksana dan satu lagi cecair mudah terbakar lain, xilena, tertumpah di lantai semasa proses kerja sebelum ini dan tidak dibersihkan serta-merta oleh para pekerja," terang MOM.

"Cecair yang tertumpah itu membentuk wap yang mudah terbakar di kawasan berkenaan lantaran, mencetuskan penyebaran api."

Pengarah jabatan bahaya besar MOM, Encik Go Heng Huat, berkata: "Syarikat-syarikat dalam perniagaan rawatan sisa berbahaya mesti memastikan bahawa penilaian risiko menyeluruh berhubung proses kerja mereka dijalankan dan semua langkah kawalan risiko yang perlu dilaksanakan.

"Mereka juga bertanggungjawab untuk memastikan para pekerja memahami dan mematuhi prosedur operasi selamat pada setiap masa. MOM tidak akan teragak-agak untuk mendakwa syarikat yang tidak mengendahkan bahaya di tempat kerja serta melanggar peraturan keselamatan." 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita