ECDA siasat kemungkinan pelanggaran berkait penutupan mendadak cawangan Little Paddington Preschool di Bishan
Anggaran Waktu Membaca:
Little Paddington Preschool di Bishan. (Gambar: Google Street View)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) sedang menyiasat sebuah prasekolah kerana hanya memberi notis satu hari kepada ibu bapa mengenai penutupan cawangan.
Ibu bapa kanak-kanak yang berdaftar di Little Paddington Preschool di Bishan hanya dimaklumkan pada 30 Mei bahawa perjanjian sewa premis sekolah akan tamat pada 31 Mei.
Sekolah kemudiannya menangguhkan penutupan ke 10 Jun, dan menawarkan pendaftaran di cawangan lain, serta pengangkutan untuk kanak-kanak yang terjejas.
Mengikut peraturan ECDA, prasekolah mesti memberi notis enam bulan.
"ECDA dimaklumkan mengenai penutupan Little Paddington Preschool Bishan pada Jumaat lalu, 30 Mei 2025, dan sedang bekerjasama dengan prasekolah untuk menyokong ibu bapa yang terjejas," kata pengawal selia itu pada Isnin (2 Jun) sebagai respons kepada soalan Mediacorp.
"Prasekolah tersebut telah mendapat lanjutan perjanjian sewa mereka sehingga 13 Jun 2025, dan sedang aktif berhubung dengan ibu bapa untuk memberi bantuan."
Little Paddington Preschool kini mempunyai 10 cawangan di seluruh Singapura. Cawangan terdekat dengan lokasi Bishan, Little Paddington Preschool Thomson Walk, adalah sekitar 5km daripadanya, atau kira-kira 10 minit perjalanan.
Apabila dihubungi oleh Mediacorp, prasekolah tersebut mengatakan ia mempunyai 16 kanak-kanak yang berdaftar di cawangan Bishan.
"Prasekolah telah menawarkan pilihan kepada ibu bapa untuk memindahkan anak-anak mereka ke Little Paddington Preschool yang lain," menurut ECDA.
Pengawal selia itu menambah bahawa Little Paddington Preschool juga akan menyediakan perkhidmatan bas percuma ke dan dari prasekolah untuk kanak-kanak yang berpindah ke cawangan Thomson Walk sehingga akhir tahun 2025.
"ECDA akan memberi bantuan sekiranya ibu bapa memerlukan bantuan lanjut untuk mendapatkan tempat di prasekolah lain," tambahnya.
Little Paddington Preschool menyatakan ia sudah dinasihatkan oleh ECDA mengenai langkah-langkah seterusnya yang sesuai.
"Walaupun pada mulanya kami menganggap hanya ada peralihan ke tapak baru pada hujung minggu, kami telah berjaya memanjangkan tempoh peralihan kepada lebih seminggu, supaya kanak-kanak mendapat sokongan," kata ketua pegawai operasi Little Paddington Preschool, Pooja Patodia, kepada Mediacorp.
Beliau menambah bahawa kanak-kanak akan menyertai lawatan ke cawangan Thomson Walk untuk memudahkan peralihan mereka, dan guru-guru mereka juga akan berpindah bersama kanak-kanak untuk memastikan pengalaman yang lebih lancar. Pengangkutan percuma untuk kanak-kanak turut disediakan kepada mereka yang memerlukannya.
"Kami memberi tumpuan untuk memastikan penjagaan dan pendidikan kanak-kanak terus berjalan lancar dan ibu bapa menerima sokongan yang mencukupi," kata Cik Patodia.
Menurut peraturan ECDA, prasekolah yang mempertimbangkan penutupan operasi mesti memberi notis enam bulan kepada kedua-dua ibu bapa dan ECDA sebelum menamatkan operasi.
Prasekolah juga mesti memaklumkan ibu bapa dan ECDA sebaik sahaja mereka dimaklumkan tentang kemungkinan perjanjian penyewaan tidak diperbaharui.
"Pengendali yang melanggar keperluan ini mungkin berdepan tindakan pengawalseliaan, termasuk dikeluarkan surat amaran atau dihalang daripada memohon lesen prasekolah pada masa hadapan," menurut ECDA.
"ECDA akan mengambil tindakan pengawalseliaan terhadap prasekolah ini jika siasatan kami mendapati mereka tidak melakukan usaha wajar untuk memenuhi keperluan pengawalseliaan kami."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.