ECDA siasat 2 insiden libatkan kanak-kanak di PCF Sparkletots di Yishun
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: TODAY/Ili Nadhirah Mansor)
SINGAPURA: Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) sedang menyiasat dua insiden berasingan di PCF Sparkletots @ Nee Soon Link Blok 446 selepas seorang kanak-kanak 22 bulan pulang ke rumah dengan kesan lebam di telinga kanannya awal bulan ini.
Pengendali prasekolah tersebut memberitahu Mediacorp pada Selasa (16 Jan) bahawa ia dimaklumkan mengenai kecederaan pada kanak-kanak itu oleh ibu bapanya pada 8 Januari.
Siasatan segera dilancarkan dan ECDA dimaklumkan pada hari yang sama. Satu pertemuan diadakan bersama ibu bapa kanak-kanak itu pada 9 Januari, di mana mereka ditunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tambah PCF Sparkletots.
Menjawab pertanyaan media, agensi itu berkata ia sudah menyemak rakaman CCTV daripada 2 hingga 5 Januari, ketika kanak-kanak tersebut berada di sekolah.
Dalam insiden pertama pada 3 Januari, agensi tersebut menyatakan bahawa bayi itu "cuba berulang kali memanjat jeriji tingkap rendah dan pendidik tersebut menolaknya dari tingkap itu".
"Bayi itu terjatuh di atas tikar permainan dan bergolek ke sisi dan terlentang."
Dalam insiden kedua pada keesokan hari, "kanak-kanak itu sedang duduk di atas sebuah kerusi rendah, hilang imbangan dan kemudian terjatuh ke belakang dan ke lantai".
Mengenai lebam di telinga kanan bayi itu, ECDA menyatakan berdasarkan siasatan awalnya, kecederaan tersebut "mungin berlaku pada 4 Januari, ketika kanak-kanak itu hilang imbangan dan terjatuh daripada kerusi rendah".
Agensi itu menambah bahawa ia "sedang menyiasat kaedah tidak sesuai pendidik tersebut pada 3 Januari, ketika cuba menghalang kanak-kanak tersebut daripada memanjat jeriji tingkap" dan siasatan masih dijalankan.
KESELAMATAN KANAK-KANAK "KEPENTINGAN UTAMA"
"Keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di prasekolah sangat penting," umum ECDA.
Pengendali prasekolah tersebut menyatakan ia "maklum" tentang siasatan yang dijalankan ECDA, dan "akan bekerja rapat serta memberi kerjasama sepenuhnya."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.