ECDA, Pasukan Bertindak Jerebu nilai sama ada prasekolah perlu ditutup jika jerebu semakin teruk
Singapura sedang menilai sama ada prasekolah perlu ditutup jika keadaan jerebu menjadi teruk.
Anggaran Waktu Membaca:
ECDA, Haze Task Force assess whether preschools need to close if haze worsens
- ECDA and the Haze Task Force are assessing whether preschools in Singapore need to be closed if the haze worsens.
- The Ministry of Social and Family Development advised that stricter measures be taken when PSI readings rise, including reducing or banning outdoor activities.
- All preschools are required to provide enclosed rooms with air purifiers for children who are unwell because of the haze.
- Children with chronic heart or lung conditions need to bring their own medication to preschool as a precaution.
- ECDA dan Pasukan Bertindak Jerebu sedang menilai sama ada prasekolah di Singapura perlu ditutup jika jerebu bertambah teruk.
- Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga menyarankan langkah lebih ketat diambil apabila bacaan PSI meningkat, termasuk mengurangkan atau melarang aktiviti luar.
- Semua prasekolah diwajibkan menyediakan bilik tertutup dengan penapis udara untuk kanak-kanak yang kurang sihat akibat jerebu.
- Kanak-kanak yang mempunyai masalah jantung atau paru-paru kronik perlu membawa ubat masing-masing ke prasekolah sebagai langkah berjaga-jaga.
SINGAPURA: Singapura sedang menilai sama ada prasekolah perlu ditutup jika keadaan jerebu menjadi teruk.
Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) dan Pasukan Bertindak Jerebu juga sedang menentukan sama ada langkah pengurusan jerebu di prasekolah perlu dipertingkatkan.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menyatakan prasekolah perlu melaksanakan langkah lebih ketat apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) berada pada paras lebih tinggi.
Kegiatan luar perlu dikurangkan apabila bacaan PSI melebihi 100.
Tiada kegiatan luar turut dibenarkan apabila bacaan PSI melebihi 200.
Tanpa mengira bacaan PSI, semua prasekolah perlu mempunyai sebuah bilik tertutup yang dilengkapi penapis udara bagi menempatkan kanak-kanak yang mungkin kurang sihat disebabkan jerebu.
Prasekolah juga perlu memastikan kanak-kanak yang menghidap masalah jantung atau paru-paru kronik membawa ubat masing-masing.

Sumber : CNA/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.