Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ECDA lancar kaedah baru bantu kanak-kanak belajar sejarah S'pura

Projek kendalian Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) itu mahu mendekati lebih 1,900 prasekolah dan sekurang-kurangnya 5,000 muat turun oleh para guru prasekolah serta ibu bapa. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Jun 2021 06:14PM Dikemas Kini : 06 Jun 2021 01:02AM

SINGAPURA: Satu kit sumber baru bagi meningkatkan pemahaman kanak-kanak mengenai sejarah Singapura dilancarkan hari ini (5 Jun).

Projek kendalian Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) itu mahu mendekati lebih 1,900 prasekolah dan sekurang-kurangnya 5,000 muat turun oleh para guru prasekolah serta ibu bapa.

Kanak-kanak akan dapat mempelajari tentang sejarah menerusi kaca mata para pendatang masa lampau dan memahami bagaimana mereka menyumbang kepada pembangunan negara.

Kit online tersebut mengandungi banyak cerita serta kegiatan seni dan kraf bagi meningkatkan pemahaman kritikal serta kemahiran menyelesaikan masalah.

Kanak-kanak juga boleh melawat muzium untuk melengkapkan pengalaman pembelajaran mereka.
 

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan