EBRC belum lagi dibentuk, dedah Jabatan Pilihan Raya
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail pusat mengundi di Singapura, menjelang Pilihan Raya Presiden pada 1 Sep 2023. (Gambar: TODAY)
SINGAPURA: Jawatankuasa yang menentukan sempadan kawasan undi menjelang setiap pilihan raya umum belum dibentuk, menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Khamis (2 Jan).
"Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi (EBRC) belum ditubuhkan," menurut ELD semasa menjawab pertanyaan Mediacorp.
Jawatankuasa itu ditubuhkan sebelum setiap pilihan raya untuk menyemak dan membuat perubahan pada sempadan kawasan undi, dengan mengambil kira peralihan penduduk dan pembangunan perumahan untuk menyesuaikan bilangan pengundi di sesebuah kawasan undi.
Pilihan raya umum seterusnya mesti diadakan sebelum 23 Nov tahun ini.
Ia akan menjadi yang ke-14 bagi Singapura sejak merdeka, dan yang pertama di bawah pemimpin generasi keempat yang diterajui oleh Perdana Menteri Lawrence Wong.
"PERLUKAN LAGI BEBERAPA BULAN"
Profesor Madya Sains Politik Universiti Nasional Singapura (NUS), Chong Ja Ian berkata, walaupun EBRC belum dibentuk, ia tidak bermakna Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah belum "bersiap sedia".
"Tarikh sebenar untuk mengadakan Pilihan Raya Umum adalah mengikut budi bicara parti pemerintah asalkan ia dalam tempoh masa untuk mengadakan pilihan raya," katanya sambil menambah bahawa "masih ada tempoh selama beberapa bulan lagi".
"Pada masa lalu, jawatankuasa itu boleh menyiapkan kerjanya dalam masa beberapa minggu. Mereka mungkin boleh melakukannya sekali lagi. Pilihan Raya Umum boleh diadakan sejurus selepas itu," katanya.
"Berdasarkan pengalaman lalu, EBRC mungkin ditubuhkan pada September atau Oktober."
Pemerhati bebas Felix Tan, yang telah menulis tentang landskap politik Singapura, berkata bahawa Encik Wong "mungkin mahu memastikan Belanjawan 2025 dibentangkan pada Februari sebelum beliau menggesa agar EBRC dibentuk".
"Jika ia dibentuk pada Februari, kita boleh mengandaikan tempoh satu hingga tiga bulan untuk mengeluarkan laporan. Dengan itu, Pilihan Raya Umum mungkin diadakan pada Mei atau awal Jun," katanya.
Dr Tan berkata parti-parti politik tidak seharusnya menunggu sehingga Pilihan Raya Umum diadakan sebelum memperkenalkan calon-calon mereka.
“Lagipun Pilihan Raya Umum pasti akan diadakan pada tahun ini, jadi kenapa perlu teragak-agak untuk mengeluarkan manifesto dan memperkenalkan calon mereka lebih awal?”
Pengumuman awal oleh parti-parti juga akan membolehkan rakyat Singapura membiasakan diri dengan para calon, "sebelum mereka menjadi bahan gosip, khabar angin dan cemuhan di media sosial," tambah Dr Tan.
TEMPOH KERJA EBRC
Prof Madya Chong menambah bahawa sekalipun EBRC ditubuhkan pada awal tahun ini, ia mungkin tidak mempunyai kaitan langsung dengan tarikh tepat pilihan raya. Sebagai contoh, pada 2015, pilihan raya diadakan beberapa bulan selepas laporan EBRC dikeluarkan, katanya.
Dalam empat pilihan raya yang diadakan oleh pendahulu Encik Wong — pada 2006, 2011, 2015 dan 2020 — jurang antara penubuhan EBRC hingga Pilihan Raya Umum diadakan adalah antara dua dan hampir 11 bulan.
Jawatankuasa itu kali terakhir dibentuk pada Ogos 2019, menjelang pilihan raya umum pada Julai tahun berikutnya, yang diadakan di tengah-tengah pandemik COVID-19.
Pada 2015, ia telah ditubuhkan pada bulan Mei, dengan pilihan raya pada September, iaitu pada tahun Jubli Emas Singapura.
Dipengerusikan oleh setiausaha kepada perdana menteri, EBRC terdiri daripada para pegawai kanan Perkhidmatan Awam dari Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Penguasa Tanah Singapura (SLA), Jabatan Statistik (DOS) dan ELD.
Pembentukan jawatankuasa itu akan menjadi langkah seterusnya menjelang pilihan raya umum yang seterusnya.
Pada Mac tahun lalu, ELD menyatakan bahawa kira-kira 50,000 pegawai awam akan dilantik dan dilatih untuk menguruskan aktiviti pencalonan, pengundian dan pengiraan undi menjelang pilihan raya umum akan datang.
Rapat Hari Buruh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada tahun lalu - iaitu ucapan utama terakhirnya sebelum menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Encik Wong - dilihat oleh para penganalisis politik sebagai ucapan kempen pilihan raya, ketika beliau merumuskan pencapaian pemerintah PAP sepanjang tempoh 20 tahun pimpinan beliau.
Tidak lama selepas memegang jawatan tersebut, Encik Wong mengarahkan ELD pada 20 Mei untuk menyemak semula daftar pengundi menjelang akhir Julai.
Pada Jun lalu, sempadan kawasan undi bagi 12 kawasan undi telah diubah dan diwartakan.
Daftar pengundi kemudian dikemas kini dan dibuka untuk pemeriksaan awam pada akhir Julai, mendedahkan bahawa lebih 2.7 juta rakyat Singapura akan layak mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.