Skip to main content

Singapura

E-pengewap, aksesori bernilai hampir S$30,000 dirampas

Pengewap elektronik (e-vaporisers) dan aksesori berkaitan bernilai hampir $30,000 dirampas minggu lepas selepas pihak berkuasa menemui bungkusan yang mencurigakan di Pusat Kargo Udara Changi pada 9 September, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA)

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Sep 2019 03:24PM Dikemas Kini : 18 Sep 2019 09:49PM

SINGAPURA: Pengewap elektronik (e-vaporisers) dan aksesori berkaitan bernilai hampir $30,000 dirampas minggu lepas selepas pihak berkuasa menemui bungkusan yang mencurigakan di Pusat Kargo Udara Changi pada 9 September, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA).

11 suspek sedang membantu HSA dalam siasatan.

Pada 9 Sep, para pegawai imigresen di Pusat Kargo Udara Changi mendapati kejanggalan pada imbasan imej konsainan yang mengandungi 31 bungkusan.

Selepas siasatan lanjut, mereka mendapati bungkusan-bungkusan tersebut mengandungi 27 set pengewap elektronik dan 400 aksesori berkaitan, yang dilarang di Singapura.

Pihak HSA menjalankan siasatan lanjut di rumah-rumah penerima konsainan itu dan merampas lebih banyak set pengewap elektronik serta aksesorinya.

Ini membawa kepada 63 set pengewap elektronik dan 2,368 aksesori yang dirampas secara keseluruhannya, bernilai $29,460.

Para suspek memesan pengewap-pengewap elektronik itu dari penjual onlne luar negeri dan mengisytiharkannya sebagai mainan untuk melepaskan diri daripada undang-undang.


PENGEWAP ELEKTRONIK DILARANG DI SINGAPURA


"HSA mengambil pendirian tegas terhadap penyeludupan dan pengedaran pengewap elektronik dan akan terus mengekang kegiatan sebegini," kata pihak berkuasa.

Menerusi operasi HSA dalam lapan bulan pertama tahun ini, kegiatan-kegiatan haram oleh 43 penjual haram di Singapura berjaya disekat.

Jika didapati bersalah, mereka boleh didenda sehingga $10,000 atau dipenjara selama enam bulan, atau kedua-duanya. Menggunakan, membeli dan memiliki pengewap elektronik juga merupakan satu kesalahan, dan para pesalah boleh didenda sehingga $2,000. 

Sumber : CNA/HK/hk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita