E-hongbao semakin popular, warga emas beralih kepada urus niaga digital
Amalan memberi e-hongbao, atau duit hongbao secara elektronik kini semakin diamalkan lebih ramai orang.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Amalan memberi e-hongbao, atau duit hongbao secara elektronik kini semakin diamalkan lebih ramai orang.
Demikian menurut bank seperti OCBC dan UOB.
Berdasarkan trend tersebut, pemberian duit Hari Raya Aidilfitri juga mungkin akan mengalami corak yang serupa pada masa depan.
Sempena Tahun Baharu Cina, kini lebih lebih ramai warga emas juga turut memanfaatkan khidmat online untuk mengagihkan hongbao dalam bentuk digital kepada saudara mara yang lebih muda.
OCBC misalnya menyaksikan tambahan 60 peratus e-hongbao yang dihantar pada dua hari pertama Tahun Baharu Cina berbanding tahun lalu.
Jumlah wang yang diberikan dalam sampul merah digital itu juga naik tiga kali ganda.
Menurut Ketua Perniagaan Digital OCBC, jumlah warga emas yang mengagihkan e-hongbao naik 40 peratus dari tahun ke tahun antara 2024 hingga 2025.
Kebanyakan daripada mereka melakukannya buat kali pertama.
Selain OCBC, UOB juga mendapati trend serupa.
Tahun lalu, UOB menyaksikan kenaikan 20 peratus pada urus niaga e-hongbao.
Jumlah wang yang dipindahkan juga melonjak 50 peratus.

Sumber : CNA/AI/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.