Skip to main content

Singapura

E-buku wasiat Lee Kuan Yew tidak papar gambaran tepat; 'jauh bertentangan' dengan dapatan mahkamah, tegas SM Teo

Anggaran Waktu Membaca:
E-buku wasiat Lee Kuan Yew tidak papar gambaran tepat; 'jauh bertentangan' dengan dapatan mahkamah, tegas SM Teo

Pemandangan rumah mendiang Encik Lee Kuan Yew, 38 Oxley Road. (Gambar: REUTERS/Edgar Su)

SINGAPURA: Sebuah buku elektronik atau e-buku berjudul 'The Battle Over Lee Kuan Yew’s Last Will' mengandungi sebilangan gambaran yang tidak tepat "yang dilakukan dengan tujuan untuk memperdaya" dan "benar-benar bertentangan" dengan dapatan mahkamah, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean pada Khamis (2 Mac).

Buku online itu, yang ditulis pengarang tempatan Sudhir Thomas Vadaketh dan diterbitkan pada Julai tahun lalu, berkisar tentang perbahasan berhubung wasiat dan rumah di 38 Oxley Road mendiang Perdana Menteri itu, yang membawa kepada prosiding disiplin ke atas Cik Lee Suet Fern, iaitu isteri kepada Lee Hsien Yang, yang juga anak lelaki Encik Lee Kuan Yew.

Pemeriksaan ke atas kes terhadap Cik Lee dikendalikan oleh Mahkamah Tiga Hakim (C3J), badan tertinggi disiplin bagi bidang guaman, pada November 2020 dan Tribunal Disiplin (DT) pada Februari 2020. Dia didapati bersalah atas salah laku profesional.

"Buku itu tidak boleh dipercayai, kerana ia benar-benar mengabaikan fakta dan dapatan yang sudahpun dipastikan, selepas pemeriksaan objektif dan teliti dijalankan bagi kes itu," kata Encik Teo, yang juga pengerusi Jawatankuasa Menteri yang ditubuhkan bagi menentukan apa yang harus dilakukan dengan hartanah itu selepas pemergian Encik Lee Kuan Yew.

Mediacorp sudahpun menghubungi Encik Sudhir untuk mengulas berhubung isu itu.

Menteri kanan tersebut berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang Zhulkarnain Abdul Rahim tentang sama ada buku itu menggambarkan dengan tepat keadaan apabila wasiat mendiang Encik Lee ditandatangani.
Sumber : Today/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita