Dyson buka ibu pejabat global baru di St James Power Station
SINGAPURA: Syarikat teknologi Dyson akan melabur S$1.5 bilion dalam operasinya di Singapura dalam tempoh empat tahun akan datang. Demikian diumumkan semasa pembukaan rasmi ibu pejabat global terbarunya di St James Power Station hari ini (25 Mac).
"Peluasan Dyson di sini adalah disebabkan daya cipta dan semangat hebat jurutera dan saintis muda Singapura yang sudah menyertai syarikat kami. Anda boleh merasai cita-cita negara yang bijak ini. Ia mengesahkan semula kepercayaan kami bahawa Singapura adalah tempat yang sesuai untuk teknologi yang tinggi, penyelidikan intensif perniagaan seperti Dyson," kata pengasas dan pengerusi James Dyson pada majlis itu.
"Singapura adalah pusat rantaian bekalan global kami. Kami menyelidik, mereka bentuk dan menghasilkan produk di sini. Kami mempunyai program penyelidikan dengan universiti cemerlang anda. Atas sebab ini, ia adalah ibu pejabat global kami."
Dyson merancang untuk menggajikan lebih 250 jurutera dan saintis dalam bidang robotik, pembelajaran mesin dan bidang-bidang lain, seperti yang diumumkan sebelum ini.
Syarikat itu juga akan menubuhkan pusat baru keselamatan siber global di sini, katanya tahun lalu.
Dyson sebelum ini berkata ia akan melabur hampir S$5 bilion dalam teknologi baru untuk menggandakan portfolio produknya dan memasuki bidang baru menjelang 2025. Pelaburan baru itu, yang diumumkan pada November 2020, akan memberi tumpuan kepada Singapura, United Kingdom dan Filipina.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.