Skip to main content

Singapura

Dyson bakal buka loji bateri di SG; dijangka beroperasi sepenuhnya jelang 2025

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Syarikat teknologi Dyson pada Rabu (3 Mei) mengumumkan ia akan membuka sebuah loji bateri hak milik yang baru di Singapura.

Ia sebahagian daripada usahanya untuk mempertingkatkan keupayaan kejuruteraan dan pengeluaran syarikat.

Bangunan yang terletak di Tuas itu akan siap dibina tahun ini dan beroperasi sepenuhnya menjelang 2025.

Pengasasnya, James Dyson, berkata bateri-bateri teknologi baru itu bersama dengan perisian, ketersambungan dan kecerdasan buatan (AI) akan membantu "memacu generasi seterusnya teknologi Dyson". 

Dyson merancang untuk menggandakan jejak pengilangan maju syarikatnya pada tahun ini.

Loji bateri di Tuas, yang seluas 53 gelanggang bola keranjang, dipercayai adalah  pelaburan paling penting dalam pengeluaran maju dalam sejarah syarikat berkenaan.

Loji tersebut, bersama dengan kemudahan-kemudahan baru di Filipina dan United Kingdom, adalah sebahagian daripada strategi pelaburan Dyson selama lima tahun yang bernilai £2.75 bilion (S$4.58 bilion) untuk memperkenalkan teknologi dalam pasaran dengan lebih pantas, dengan memberi tumpuan kepada penyimpanan tenaga, pembangunan perisian dan AI.

Loji baru itu akan mengasaskan kampus, ruang Penyelidikan & Pengembangan (R&D) dan kemudahan pengilangan Dyson yang sedia ada di Singapura, United Kingdom (UK), China, Malaysia, Filipina dan Poland.

Sumber : CNA/HA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita