'Duyung' AR ciptaan pelajar ITE bakal serikan sambutan 2019
Buat julung-julung kalinya, orang ramai yang datang bertemasya di pesta Mediacorp bagi menyambut tahun baru berpeluang menyaksikan segmen khas Realiti Tambahan (AR).
SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, orang ramai yang datang bertemasya di pesta Mediacorp bagi menyambut tahun baru berpeluang menyaksikan segmen khas Realiti Tambahan (AR).
Berlangsung di The Promontory, pesta 'Let's Celebrate 2019' itu juga menampilkan persembahan oleh barisan bintang tanah air.
Orang ramai yang menyambut kedatangan Tahun 2019 di The Promontory akan berada lebih dekat dengan makhluk cerita dongeng.
Duyung sepanjang 3.2 meter akan 'berenang' mengikut rentak lagu yang dipersembahkan secara 'live' oleh penyanyi tempatan Gentle Bones. Pertunjukan menarik itu dicipta oleh empat pelajar Sekolah Reka Bentuk dan Media, Kolej Tengah ITE.
Mereka mengambil masa sekitar tiga bulan untuk menyelesaikan projek tersebut dari peringkat rekaan konsepnya, lukisan, animasi hinggalah menyediakan menyiapkan unsur AR itu sendiri.
Kerjasama dengan bakat-bakat tempatan seperti itu menjadi mesej utama pertunjukan Tahun Baru kali ini yang bertujuan menyatukan warga tempatan.
Mediacorp juga bekerjasama dengan ikon pereka fesyen Singapura, Daniel Boey, untuk membawakan satu pertunjukan fesyen yang menampilkan rekaan-rekaan tanah air.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.