Duta Jarak Selamat dipenjara 20 minggu, curi set Lego sewaktu bertugas
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: TODAY/ Ili Nadhirah Mansor
SINGAPURA: Seorang lelaki yang ditugaskan sebagai Duta Jarak Selamat (SDA) semasa pandemik COVID-19 mencuri set Lego dari kedai Toys "R" Us dan kemudian menjualnya.
Mahkamah diberitahu bahawa lelaki itu adalah pencuri bersiri dan pernah didakwa dari 2007 lagi.
Muhammad Israfael Abdullah, 34 tahun, dijatuhkan hukuman penjara 20 minggu pada Khamis (8 Sep). Dia mengaku bersalah atas dua tuduhan mencuri dengan dua lagi dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.
Mahkamah diberitahu bahawa Israfael ditugaskan di Vivocity di Harbourfront sebagai SDA. Semasa bertugas pada 13 Jun tahun ini, dia telah pergi ke Toys "R" Us sebanyak tiga kali dan mencuri tiga set Lego berjumlah S$540 dengan meletakkannya dalam sebuah beg.
Dia segera meletakkan iklan online dan menjual set-set Lego itu kepada pembeli yang tidak dikenali di tempat untuk turun kenderaan di VivoCity pada hari yang sama.
Dia mendapat S$100 bagi jualan tersebut dan kembali ke pusat beli-belah itu untuk mencuri alat untuk merehatkan belakang dari kedai Self-Fix yang bernilai sekitar S$110.
Perbuatan Israfael itu berjaya dirakam kamera CCTV Toys "R" Us. Pengurusnya membuat laporan polis secara elektronik pada petang itu dan Israfael ditahan.
Wang tunai S$100 dan juga alat yang dicurinya dirampas.
Menurut pihak pendakwa, set Lego yang dijualnya tidak dikembalikan dan Israfael tidak membuat sebarang bayaran kepada mangsa.
Tuduhan terhadap Israfael menunjukkan dia pernah mencuri daripada kedai-kedai di VivoCity pada tarikh lain termasuk set Lego dan permainan bernailai S$168 kesemuanya pada 4 Jun selain lima set Lego bernilai S$390 pada 11 JUn.
Pihak pendakwa meminta hukuman penjara selama 20 minggu. Beliau memberikan senarai dakwaan terhadap Israfael sebelum ini: Dia diletakkan di bawah probesen pada 2007 kerana mencuri,dan melanggar tempoh perobesen itu sebulan kemudian. Dia didenda tetapi digantikan dengan hukuman penjara empat hari.
Pada 2009, dia didapati bersalah kerana mencuri dan mempunyai hubungan seksual dengan seseorang bawah umur dan dihukum penjara tujuh minggu.
Pada 2017, dia dijatuhi hukuman penjara dua minggu kerana mencuri. Pada 2019, dia dipenjara empat minggu kerana mencuri. Dia disabit kesalahan pada Ogos tahun lalu dan dipenjarakan enam minggu kerana mencuri.
Hakim membenarkan Israfael menangguhkan hukuman penjaranya hingga Oktober untuk menguruskan beberapa perkara.
Bagi kesalahan mencuri, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda.

Sumber : Today/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.