Duta Israel mohon maaf atas catatan Facebook tentang Palestin; pegawai bertanggungjawab dihantar pulang: Shanmugam
Duta Eliyahu Vered Hazan berkata tindakan tersebut adalah salah, dan tidak mendapat kebenarannya, serta pegawai yang bertangunggjawab akan dihantar pulang, kata Encik Shanmugam pada Rabu (8 Mei).
"Dan beliau berkata bahawa perkara seperti itu tidak akan berulang lagi," kata Encik Shanmugam di parlimen.
Menteri MHA itu menjawab kepada soalan oleh Anggota Parlimen (AP) Zhulkarnain Abdul Rahim (PAP-Chua Chu Kang), yang bertanyakan sama ada sebarang tindakan diambil dalam isu tersebut, dan sekiranya individu yang bertangunggjawab akan dilindungi kekebalan diplomatik.
"Tindakan kedutaan Israel dilindungi oleh kekebalan diplomatik," kata Encik Shanmugam pada Rabu.
Pertemuan bersama Encik Shanmugam itu diminta oleh duta Israel.
Menteri itu berkata: "Saya memberitahunya bahawa setiap kedutaan berhak untuk mempunyai pendapat sendiri".
"Tetapi sekiranya apa yang dikatakan menjejas Singapura, dalam kes ini keharmonian dan keselamatan di Singapura, terutama keselamatan serta masyarakat minoriti, kami harus bertindak."
Encik Shanmugam juga memberikan kemas kini tentang laporan kenyataan atau tindakan terhadap masyarakat Yahudi atau Muslim di Singapura.
Antara 7 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024, polis menerima 43 laporan berkaitan isu tersebut. Kemas kini sebelum ini menyatakan polis menerima lapan laporan pada Oktober 2023.
TUNJUK PERASAAN "BERNIAT BAIK" BOLEH MENJADI GANAS
Encik Shanmuga menyifatkan konflik di Timur Tengah sebagai "terkait dengan emosi", dan menambah bahawa perasaan yang dipendam boleh mencetuskan tindakan atau perkataan yang boleh menyinggung perasaan masyarakat.
Perpecahan boleh disaksikan terutamanya antara masyarakat Melayu-Islam Singapura pada satu pihak, dan masyarakat Yahudi dan Kristian di pihak yang lain.
Encik Shanmugam berkata pemerintah akan campur tangan ke atas perbuatan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat. Beliau juga berkata bahawa tunjuk perasaan di luar negara mengenai konflik tersebut sering menjadi ganas.
"Pendapat kami terhadap isu ini adalah, pada mulanya ia bermula dengan aman, semakin lama, ia mungkin menjadi ganas, melanggar keamanan dan undang-undang, bertahan di dalam bangunan."
Individu yang terlibat dalam perbuatan yang menyinggung perasaan atau keganasan adalah "minoriti yang sangat kecil" di Singapura, kata Encik Shanmugam.
"Walaupun pandangan mengenai konflik itu berbeza, orang di Singapura diukur secara relatif dan rasional dalam cara kita mendekati isu-isu tersebut," kata menteri itu.
Encik Shanmugam menambah bahawa pemerintah akan berusaha untuk membina kepercayaan dan persefahaman antara masyarakat etnik dan agama berbeza di Singapura, pada peringkat kepimpinan dan antara rakyat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.