Skip to main content

Singapura

Duta Bahasa Noshin Putri akur betapa pentingnya melestari dan memartabatkan bahasa ibunda

 Tiga hari lagi sebelum kempen Bulan Bahasa 2020 dirasmikan pada Sabtu (5 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Sep 2020 10:19PM Dikemas Kini : 02 Sep 2020 10:26PM

BERITAmediacorp: Tiga hari lagi sebelum kempen Bulan Bahasa 2020 dirasmikan pada Sabtu (5 Sep).

BERITAmediacorp mengetengahkan suara Duta Bahasa yang berkongsi bagaimana mereka menggalak dan memupuk penggunaan bahasa Melayu.

Apa kata Duta Bahasa tahun 2011, Noshin Putri Adel?

"Saya mempromosikan bahasa Melayu dengan menggunakannya di dalam kehidupan seharian saya dan juga memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam segi puisi, sajak dan peribahasa dan juga dalam projek-projek untuk drama sekolah. Akhir sekali, saya rasa ia penting sekali untuk menggunakan bahasa Melayu lebih-lebih lagi dalam zaman sekarang kerana ramai sekali kanak-kanak dan remaja di luar sana yang lebih mengutamakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu dan sebab inilah kita harus mengekalkan bahasa ibunda kita," katanya.  

Sumber : BERITA Mediacorp/HK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita