"Dunia saksikan tempoh aman, makmur paling lama dalam sejarah UK di bawah kepimpinan Ratu Elizabeth," kata PM Lee
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Victoria Jones)
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong amat berdukacita atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Menurut PM Lee, mendiang Ratu Elizabeth melambangkan hati dan jiwa seluruh United Kingdom.
Dalam hantarannya di Facebook pada Jumaat (9 Sep), PM Lee berkata dunia menyaksikan tempoh keamanan dan kemakmuran antara yang paling lama dalam sejarah United Kingdom di bawah kepimpinan Ratu Elizabeth.

Sepanjang hayatnya, menurut PM Lee, Ratu Elizabeth mengabdikan diri untuk berkhidmat kepada seluruh United Kingdom dan Komanwel.
Mendiang melaksanakan tugasnya dengan penuh dedikasi.
Dunia akan sentiasa menghargai dan memperingati sumbangannya kepada United Kingdom, Komanwel dan seantero dunia, tulis PM Lee dalam catatannya itu.
Ratu Elizabeth, menurut PM Lee, akan sentiasa diingati dan dikenang sebagai seorang pemimpin dunia yang hebat.
Mendiang Ratu Elizabeth turut memainkan peranan penting dalam sejarah Singapura dan juga pada hubungan rapat yang terjalin sejak sekian lama antara Singapura dan United Kingdom.
"Pemergiannya diratapi oleh semua penduduk di Singapura," tulis PM Lee.
Bagi pihak pemerintah Singapura, PM Lee mengutuskan takziah yang mendalam kepada Raja Charles III, semua anggota keluarga dan kerabat Diraja, Perdana Menteri Liz Truss dan seluruh rakyat United Kingdom.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.