Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dunia pasca COVID-19 peluang terbaik untuk 'cipta semula' S'pura, kata Ong Ye Kung

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jan 2022 02:08PM Dikemas Kini : 13 Jan 2022 11:36PM

SINGAPURA: Peluang terbesar untuk mencipta semula Singapura di era pasca COVID-19 adalah dengan memikirkan semula cara kita melakukan sesuatu, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Khamis (13 Jan).


"Krisis ini ibarat butang 'reset' yang memaksa kita untuk memikirkan semula cara kita melakukan sesuatu dengan cara yang lebih bijak dan berkesan."

Ketika berucap di forum Perspektif Singapura 2022 yang dianjurkan oleh Institut Pengajian Dasar (IPS), Encik Ong menarik perhatian kepada beberapa cara bagaimana Singapura sudah berubah dan mencipta semula negara ini gara-gara pandemik.

Dalam era pasca COVID-19, persekitaran kerja kita seharusnya mendakapi dan mengamalkan aturan kerja hibrid, kata Encik Ong.

Menurut Encik Ong, aturan kerja sedemikian akan menjadikan kita "lebih cekap" dan "lebih mengutamakan hasil" dan ini akan membolehkan kita "mencapai keseimbangan dalam kehidupan kita".

"Kita harus memikirkan semula konsep 'waktu sibuk' yang sejak sekian lama menentukan perancangan dan pembangunan infrastruktur pengangkutan. Kita juga boleh mengawal kesesakan trafik."

Beliau juga menyentuh tentang bagaimana COVID-19 memaksa banyak perniagaan kecil-kecilan untuk beralih ke wadah-wadah digital dan merubah sektor pendidikan dan jagaan kesihatan.

"Dengan melaksanakan pembelajaran di rumah, sektor pendidikan ibarat sedang mengalami kebangkitan semula. Setiap pelajar sekolah menengah kini dilengkapi dengan peranti peribadi, mendakapi wadah digital untuk belajar dan ia turut menggalak pembelajaran kendiri," kata Encik Ong.

"Dalam sektor jagaan kesihatan pula, kita lebih lebih menghargai betapa pentingnya khidmat jagaan asas, vaksinasi dan pemulihan di rumah melalui sokongan teleperubatan. Ini mungkin satu permulaan baru bagi khidmat jagaan pencegahan asas yang akan membentuk komponen penting bagi penduduk kita yang semakin menua."

Encik Ong menambah bahawa Singapura sudah mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah hab bagi pengilangan dan pengedaran vaksin sepanjang tempoh pandemik ini.

"Proses menghadapi pandemik ini menguji tekad kita sebagai sebuah negara. Kita harus mengharungi setiap cabaran dan menyesuaikan diri dengan pelbagai rintangannya," kata Encik Ong.

Beliau juga menyentuh tentang bagaimana Singapura bergantung kepada tanggungjawab dan kesedaran sivil setiap rakyat untuk menempuhi gelombang jangkitan virus ini dan bagaimana ia membantu masyarakat berkembang sebagai rakyat yang bersatu padu."

"Saya berharap ia akan menjadi satu permulaan kepada sikap masyarakat yang lebih pemaaf dan bersedia memaafkan ketidaksempurnaan, teguh mengharungi cabaran dan kegagalan dan menghargai daya bingkas, lasak, berani mencuba dan tidak takut untuk berfikiran tidak konvensional," kata Encik Ong.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan