Dulu bantu ibu buat kuih, kini bergelar usahawan buka GAMO – bakeri artisanal asal Jepun
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Rosli Razak)
BERITAMediacorp: Lebih setengah tahun yang lalu, Cik Nor Shahidah Sarifi, 31 tahun, melahirkan hasrat untuk berniaga sendiri.

"Saya memberitahu teman saya bahawa saya mahu membuka sebuah kedai kopi menjual hidangan 'beef bowls' atau hidangan daging lembu. Beliau menolak idea saya itu kerana saya tiada langsung pengalaman dalam penyediaan makanan sedemikian."
"Sebaliknya, beliau menasihati supaya meneruskan minat dan pengalaman saya dalam bidang pastri. Beliau menyarankan agar saya membuka sebuah kedai membuat kek dan pastri," seloroh Cik Nor Shahidah kepada BERITAmediacorp.
BELAJAR BUAT KUIH DENGAN IBU
Norshahidah Sarifi mendapat pendedahan awal membuat kek selepas 'dipaksa masuk dapur' oleh ibunya yang berniaga kuih muih Melayu secara kecil-kecilan dari rumah.
"Dari usia saya 12 tahun hingga 18 tahun saya membantu ibu saya membuat kuih lapis, kuih salat, kek lapis dan juga biskut-biskut raya yang ditempah jiran-jiran dan juga saudara-mara," kata beliau.
Pendedahan awal itu membakar semangat Cik Nor Shahidah untuk menjadi seorang cef pastri.
Beliau kemudian mengikuti pengajian NITEC dalam kursus pastri dan membuat kek di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Clementi, sebelum mengambil Diploma Teknikal dalam Seni Kulinari.
Selepas tamat pengajian Cik Nor Shahidah membina kemahiran dalam bidang pastri di hotel-hotel bertaraf lima bintang selama 10 tahun.
IDEA BUKA BAKERI ARTISANAL ASAL JEPUN
Nasihat temannya itu tidak beliau sia-siakan.
Beliau dan rakan-rakan niaganya bersetuju untuk membuka sebuah bakeri yang menjual beraneka pastri dan kek artisanal asal Jepun dengan modal permulaan sebanyak S$200,000
"Saya percaya belum ada kedai pastri dan kek yang menjual pastri halal asal Jepun. Saya mendapat inspirasi daripada pastri dan kek yang dijual di Jepun yang lebih berkrim dan ringan. Namun, saya berikan diri saya kebebasan untuk mengubah dan "bermain' dengan pelbagai citarasa," dedah beliau.
Menurut Nor Shahidah, mereka mengambil masa lebih setahun untuk mencari tempat yang sesuai sebelum akhirnya memilih ruang kedai di tingkat satu Kompleks Bras Basah empat bulan lalu.
"Kami merasakan ia tempat yang paling sesuai meskipun ia menempatkan banyak kedai buku dan keperluan seni. Di sini tiada pesaing dan ia dekat dengan pejabat dan sekolah-sekolah seni yang berhampiran," kata beliau.
Tempoh tersebut dimanfaatkan menjalankan penyelidikan dan pembangunan serta melakar strategi pemasaran dan operasi.
Nor Shahidah diberi kepercayaan membangunkan konsep kedai, dapur, logo dan nama.
"GAMO" menurut beliau bermaksud "bersatu" dan apabila huruf 'A' dan 'O" di tukar ia bermakna biji bijan.
Beliau sangat prihatin tentang mutu pastri dan roti yang dihasilkan.

"Saya pastikan apa yang kami jual setanding dengan pastri di hotel-hotel mewah bertaraf lima bintang. Kami hanya menggunakan mentega 'Elle & Vire' dan tepung T55 yang diimport dari Perancis. Kami juga mengimport bahan-bahan seperti serbuk teh hijau atau matcha gred tinggi dari Jepun.
CABARAN SEBAGAI USAHAWAN
CABARAN SEBAGAI USAHAWAN

Jadual Cik Nor Shahidah kini bermula jam 5.00 pagi setiap pagi sejak GAMO membuka pintunya pada 10 September lalu.
Beliau membuat semua pastri dengan bantuan para pekerja.
"Yang paling mencabar adalah bagaimana untuk kawal bajet. Hari-hari apabila hendak buka kedai, saya harus lihat pada kos dan elakkan pembaziran. Saya bukan menjaga diri saya sahaja, saya uruskan operasi termasuk para pekerja," kata beliau.
Tambahnya, beliau beruntung kerana mendapat bimbingan dan didedahkan kepada pelbagai sudut operasi termasuk kos membeli bahan dan pengurusan tenaga manusia sewaktu bertugas di hotel-hotel.
Malah para pembekal bahan-bahan yang pernah bekerja dengannya menyokong perniagaan barunya ini.
SAMBUTAN MENGGALAKKAN
Meskipun baru bertapak, GOMA Bakehouse semakin mendapat sambutan penggemar makanan setempat.
"Kami menjual empat jenis kek dan enam jenis pastri pada hari biasa dan menawarkan pilihan khas pada hujung minggu.
Harganya bermula dari S$4 hingga $13, berpatutan dengan bahan premium yang digunakan kata Cik Shahidah.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.