Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Duit syiling peringatan, pameran antara inisiatif sempena ulang tahun ke-100 kelahiran Lee Kuan Yew

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Feb 2023 05:03PM Dikemas Kini : 07 Feb 2023 09:14PM
SINGAPURA: Sebuah duit syiling peringatan akan dilancarkan tahun ini, selain pameran dan inisiatif lain, sempena ulang tahun ke-100 kelahiran mantan Perdana Menteri Lee Kuan Yew.

Perdana Menteri pengasas Singapura dan pengasas bersama Parti Tindakan Rakyat (PAP) itu, dilahirkan pada 16 September 1923.

Beliau meninggal dunia pada 23 Mac 2015 pada usia 91 tahun.

Bercakap di Parlimen pada Selasa (7 Feb), Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng berkata, beberapa agensi pemerintah sudah merancangkan pelbagai inisiatif sebagai memberi penghormatan kepada Encik Lee.

Misalnya, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) akan mengeluarkan duit syiling peringatan lewat tahun ini sebagai "memperingati nilai-nilai dan visi Encik Lee," katanya.

Lembaga Warisan Negara (NHB) pula menganjurkan pameran bergerak bagi projek Peringatan Pengasas, yang akan dibangunkan untuk menggariskan sumbangan pemimpin perintis negara ini. Lewat tahun ini, agensi tersebut akan mengadakan pameran lebih meluas di Muzium Negara mengenai detik-detik sejarah yang penting.

"Tahun ini turut menandakan tahun ke-60 perjalanan menghijau Singapura sejak Encik Lee melancarkan kempen menanam pokok yang pertama pada 1963 dan Lembaga Taman Negara (NParks) akan menganjurkan pelbagai aktiviti sempena detik penting tersebut," kata Dr Tan.

"Sebagai pengasas Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Kuan Yew memainkan peranan penting dalam sejarah negara ini," kata Dr Tan di Parlimen, sambil menambah bahawa banyak kumpulan masyarakat juga mengusulkan idea untuk memperingati beliau.

"Mereka merasakan adalah penting untuk memperingati sumbangan Encik Lee kepada Singapura dan ideal-ideal yang beliau pegang," ujar Dr Tan.

"Mereka khususnya mahu meningkatkan kesedaran golongan belia Singapura mengenai sumbangan Encik Lee, memandangkan ramai dalam kalangan mereka sangat muda atau belum dilahirkan ketika Encik Lee mengundurkan diri dari Kabinet."

Idea-idea tersebut termasuk menganjurkan persidangan untuk mengkaji warisan Encik Lee, penerbitan yang dilihamkan daripada nilai-nilai dan kerja beliau, serta aktiviti lain untuk melibatkan penyertaan warga Singapura lebih muda mengenai peranan beliau dalam sejarah negara ini, tambah Dr Tan.

"Beberapa pemimpin perniagaan turut menyarankan dana dibentuk bagi sumbangan privet yang akan digunakan bagi menyokong tujuan pendidikan.

"Pendidikan merupakan isu yang dengan hati Encik Lee dan mereka percaya dana itu merupakan penghormatan yang sesuai untuk beliau."
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan